Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
kim kardashian and kendall jenner

Kendall Jenner Dan Kim Kardashian Alami Tekanan Perasaan

Tekanan perasaan boleh dialami oleh semua orang tidak kira siapa! Bayangkan Kim Kardashian yang kaya pun alami tekanan. Malah adik tirinya Kendall turut mengalami keresahan yang teruk. Why?

kim kardashian and kendall jenner

Kamu mungkin tidak pernah menyangka gadis periang dan popular seperti Kendall Jenner atau wanita kaya dan berpengaruh seperti Kim Kardashian turut mengalami kemurungan. Cosmo juga sukar untuk percaya!

Sebelum ini beberapa selebriti A-list di Hollywood secara terbuka berkongsi masalah kemurungan dan keresahan mereka. Selena Gomez, Beyonce, Zayn Malik, Cara Delevigne, Demi Lovato dan Justin Bieber mengakui kehidupan penuh glamor mereka memberi tekanan. Jangan ingat menjadi popular dan kaya akan membuatkan kamu gembira! Lihat saja mendiang diva, Whitney Houston yang dijumpai mati dan dipercayai tertekan sebelum minum alkohol dengan banyak.

kim kardashian and kendall jenner

Okey, berbalik kepada Kim dan Kendall, menerusi episod terbaru untuk musim terkini Keeping Up With The Kardashian, mereka berdua mendedahkan mengalami keresahan yang teruk sehingga murung dan tertekan. Kim misalnya sering memikirkan perkara remeh dan kemungkinan yang akan berlaku sehingga dia panik, sedangkan dia hanya terlalu berfikir. Masih ingat lagi insiden rompakan terhadap Kim di Paris beberapa bulan lalu? Kim masih lagi trauma!

cosmopolitan malaysia

Kendall turut mengalami masalah yang sama, tetapi tidak seteruk Kim. Kendall sering diserang panik sebelum menaiki kapal terbang sehingga dia resah dan panik sebelum berlepas. Kris Jenner kemudian merancang membawa Kim dan Kendall berjumpa pakar terapi tetapi Kendall menolak cadangan itu. Menurut Kendall dia hanya perlukan lima minit untuk meredakan keresahannnya. Kim sebaliknya perlu berjumpa pakar. Cosmo harap mereka berdua akan sembuh dan semoga Kim kembali sihat, kalau tidak program Keeping Up With The Kardashian akan ditamatkan. Tidak!

Foto: Instagram.com/kimkardashian

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness