Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kendall Jenner Dan Jejaka Ini Dilaporkan Tak Dapat Dipisahkan!

Jadi nampaknya Kendall bukan bercinta dengan adik Gigi dan Bella Hadid...

Kendall Jenner dan bintang NBA, Ben Simmons telah keluar beberapa kali dalam beberapa minggu lalu, walaupun Kendall pernah keluar sebentar bersama Anwar Hadid. Nampaknya hubungan Kendall bersama Ben masih lagi okey, tetapi mereka masih belum mengesahkan apa-apa lagi.

Satu sumber memberitahu Us Weekly, mereka "masih keluar bersama," dan "mereka tak boleh dipisahkan pada masa ini dan hubungan mereka masih kukuh."

Status hubungan mereka pada masa ini adalah "bersama dan eksklusif, tetapi tidak 'rasmi'", sumber tersebut mengatakan, di mana kelihatan agak mengelirukan kerana bagaimana kamu boleh bersama dan eksklusif tetapi belum 'rasmi'? Bukankah eksklusif dan rasmi membawa maksud yang sama? Adakah ini bermaksud mereka masih belum memberitahu keluarga dan rakan-rakan? Atau ini bermaksud mereka memang bersama tetapi hanya menunggu masa untuk mengumumkannya di media sosial?

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for kendall and ben simmons

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker