Kendall Jenner Dan Gigi Hadid Sokong Rekaan Ciplak Oleh Moschino?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kendall Jenner Dan Gigi Hadid Sokong Rekaan Ciplak Oleh Moschino?

Pereka fesyen terkenal, Jeremy Scott baru-baru ini menampilkan rekaan terbarunya bersama Moschino di Milan Fashion Week, yang turut menampilkan barisan model terkenal termasuk Kendall Jenner, Gigi dan Bella Hadid dan Kaia Gerber.

Koleksi musim bunga daripada Jeremy itu menampilkan rekaan gaun bercorak scribble (lukisan cakar ayam) dengan vibes 80-an. Jeremy sememangnya terkenal dengan rekaan koleksi yang dinsipirasikan oleh pelbagai budaya pop termasuk  Barbie, Spongebob, Coca-Cola, “The Simpsons, McDonald’s dan banyak lagi.

Tetapi koleksi kali ini menimbulkan kontroversi apabila seorang pereka fesyen muda dari Norway, Edda Gimnes meluahkan perasaan kecewa dan tidak puas hati apabila mendakwa Jeremy menciplak idea asalnya. Menurut Edda, koleksi Moschino kali ini menggunakan idea scribble seperti koleksinya yang diperagakan pada koleksi Spring 2016/2017.

“Rekaan ini bukan secara kebetulan dan saya sebenarnya pernah bertemu dengan wakil dari Moschino di New York, November lalu dan mempersembahkan konsep dan idea scribble ini”, jelas Edda. Bagaimanapun Kendall, Gigi serta model lain tidak bersalah dalam hal ini dan hanya menjalankan tugas memperagakan koleksi itu.

Foto: dailymail.co.uk / elle.com 

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kiri: Koleksi Jeremy Scott untuk Moschino yang digayakan oleh Bella Hadid.

Kanan: koleksi Edda Gimnes pada tahun 2016/2017

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness