Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kendall Jenner Dan Anjingnya Didakwa, Pihak Polis Jalankan Siasatan

Memang tak sah berita dunia hiburan jika tak ada berita daripada keluarga paling kontroversi - The Kardashians.

Anjing peliharaan Kendall Jenner dikatakan telah menyerang dan menggigit seseorang. Anjing tersebut dikatakan menggigit seorang budak perempuan ketika Kendall sedang keluar bersama teman lelakinya, Ben Simmons.

Berdasarkan sumber daripada TMZ, yang menyampaikan berita ini, Kendall dan Ben sedang bersantai bersama di Beverly Glen Deli di Los Angeles, ketika anjingnya Doberman Pinscher didakwa menggigit budak perempuan tersebut yang sedang menjamu selera bersama ibunya. TMZ mengatakan tidak ada "luka merbahaya daripada gigitan tersebut," restoren itu hanya memberikan budak perempuan itu ais.

Yang peliknya, TMZ melaporkan apabila ibu kepada budak perempuan itu kembali untuk bercakap dengan Kendall mengenai insiden tersebut, dia dan Ben telah pun membayar bil mereka dan pergi, menyuruh 911 untuk ditelefon, kemudian menelefon Perlindungan Haiwan.

Menurut datuk kepada kanak-kanak perempuan itu, cucunya mengalami sedikit luka namun dia tidak membuat sebarang laporan polis. Tetapi menyelar tindakan Kendall yang meninggalkan lokasi tanpa memohon maaf dan berpendapat model terkenal itu angkuh!

Malam selepas insiden itu, kes tersebut menjadi hangat di Twitter apabila ramai yang mempertikaikan tindakan Kendall. Kim Kardashian tampil membalas semua tweet dan mempertahankan adik tirinya itu. Menurut Kim, media melaporkan berita yang tidak tepat dan meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi kerana mereka tiada di tempat kejadian.

"Do u know Kendall? She’s the complete opposite & is the most generous,compassionate person I know! Her being standoffish is anxiety that paralyzes her which u take as rude! Only a despicable, entitled, unsympathetic, sadistic, uncharitable and self-absorbed human would write this tweet" , balas Kim.

Kim berang apabila orang ramai seolah-olah lebih mengenali sikap sebenar Kendall sedangkan menurut Kim, adik tirinya itu mempunyai anxiety dan mudah panik. Kendall bertanyakan kepada pekerja restoran itu bagaimana kondisi mangsa dan berlalu pergi selepas diberitahu segalanya okey. Kendall juga dikatakan membayar bil mangsa dan keluarganya dan meminta pelayan restoran menghubungi ambulans jika mangsa memerlukan rawatan.

Artikel asal: Mehera Bonner (Cosmopolitan.com)

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker