Kendall Jenner Berkongsi Trik Genius Gunakan Bronzer
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kendall Jenner Berkongsi Trik Genius Gunakan Bronzer

Kendall Jenner Kongsi Trik Genius Gunakan Bronzer

Satu produk untuk seluruh wajah!

image

 

Boleh dikatakan setiap hari wajah Kendall Jenner ditepek solekan tebal ketika bekerja, jadi tak hairanlah jika dia mahukan sesuatu yang mudah dan ringkas bila ingin keluar bersantai.

Dia bercerita dengan Vogue mengenai rutin solekannya setiap pagi dan berkongsi satu tip cool untuk dapatkan wajah sempurna dengan mudah: All-over bronzer.

Dengan trik ini, dia bukan sekadar sapukan bronzer di pipi dan pelipis seperti yang biasa kamu lihat dalam tutorial di YouTube, sebaliknya dia menggunakan berus besar untuk oles bronzer pada seluruh pipi dan leher.

Kemudian, dia sapukan produk yang sama pada kelopak mata. “I usually just take my bronzer and do a tiny bit of eyeshadow with it,” katanya.

Satu lagi tip bonus: Dia hanya gunakan maskara pada pangkal bulu mata. Genius! 

 

Artikel asal: Kelsey Stiegman (cosmopolitan.com/uk)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor