Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kenapa Tak Perlu Bergelap Sewaktu Seks

Ia dapat bantu kamu get in the mood, mudah capai orgasma, dan rasa lebih ‘ganas’ di ranjang. Oh lampu, where have you been all our sex lives?!!

 

Memang terang lagi bersuluh, kalau bab seks memang lelaki jenis sangat visual. Tapi kajian mengesahkan yang deria sentuh juga sama penting untuk pastikan kamu klimaks. “Malahan, 50 peratus daripada otak berdepan dengan pemprosesan penglihatan,” kata Daniel amen, MD, penulis Sex on the Brain. “Disebabkan kamu telah diset untuk bertindak balas terutamanya pada petanda visual, penglihatan adalah penting untuk membangkitkan nafsu.” Memanglah kalau buat dalam gelap akan rasa lebih selesa, tetapi kamu mungkin terlepas nikmat yang lebih. Masih ragu-ragu? Just take a look at this!

 

PASANG LAMPU UNTUK SEMARAKKAN ASMARA

Melihat perkara kecil yang berlaku ketika kamu sedang berasmara dengan suami – seperti bagaimana ototnya bergerak bila dia sedang ‘menghempap’ kamu – lantas merangsang ‘jabatan’ nafsu dalam otakmu. Otak kamu kemudian akan memproses imej tersebut dan menghantarnya kepada ‘stesen arahan’ keseronokan dalam otak, kata Dr Amen. “Justeru, hormon dopamin akan dikeluarkan, lantas menyemarak asmara.”

 

KAMU PUN RASA SENANG NAK KLIMAKS

Bila kamu sedang cuba mencapai klimaks, fikiran rawang yang mungkin muncul dalam pemikiran – seperti dah rakan atau tidak siri terbaru Masterchef – memang jadi pembunuh syahwat. Dan ‘kesibukan’ asmara dalam gelap boleh sebabkan fikiranmu lebih senang menular ke lain. “Kamu hilang fokus visual, jadi rasa lebih mudah terganggu,” kata Logan Levkoff, PhD, pakar seks di New York City.

Sebaiknya, ‘telan’ segala-galanya yang sedang berlaku sewaktu seks. Pastikan mata kamu melihat terus kepada perkara yang akan buat kamu terangsang dan cara dia menyentuh kamu. “Melihat segala yang sedang berlaku menghubungkan kamu pada keadaan sewaktu itu,” kata Levkoff. Hasilnya, keberangkalian kamu akan distracted lebih kecil, dan ia akan bantu kamu menyerah diri kepada orgasma.

 

HELAH UNTUK PEROLEH KEYAKINAN

Cosmo faham jika seks-dengan-lampu-terpasang akan buat kamu rasa, well, naked. Nasib baik ada teknik tertentu yang boleh buat kamu rasa lebih seksi. Pertama, cerahkan bilik dengan lampu sisi dan bukan lampu siling jenis kalimantang itu. Jika ada bahagian tubuh yang buat kamu kurang yakin nak tunjuk, pilih posisi yang takkan buat kamu rasa gusar: Missionary akan menyorokkan perut kamu, dan sisi-ke-sisi akan mengurangkan fokus pada punggungmu. Idea lain adalah untuk memakai satu helai pakaian seperti kamisol berenda, untuk kamu rasa lebih tertutup. “Tapi bila kamu nampak betapa terujanya suami bila melihat kamu, segala rasa gusar tadi pasti terus hilang,” kata Levkoff.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert