Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kenapa Senggugut Kamu Lebih Teruk Berbanding Orang Lain?

Jika datang bulan kamu sangat kejam – meninggalkan kamu senggugut dan berguling kesakitan di atas katil setiap bulan, kamu mungkin menghidapi endometriosis (atau salah satu daripada kondisi penyakit lain). 

Foto: Shutterstock.com

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

RADANG PELVIS

Biasanya terjadi disebabkan penyakit STI yang tidak dirawat. Ia akan menjadi jangkitan kerap pada kemaluan kamu. Jika ia dapat diketahui awal, keradangan pelvis boleh diubati dengan antibiotik tapi jika dibiarkan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan keradangan, parut luka dan menjejaskan kesuburan. “Amalkan hubungan intim yang selamat dan membuat pemeriksaan STI selalu,” kata Dr Hunt.

PETANDA: Sakit pada bawah abdomen dan pelvis, keputihan yang banyak berserta bau tidak menyenangkan, pendarahan haid yang tidak teratur, sakit ketika hubungan intim dan sakit atau sukar membuang air kecil.

CARA TANGANI: Terdapat antibiotik untuk kamu ambil dan doktor akan menyarankan kamu agar berhenti melakukan hubungan seks buat satu tempoh masa. Dalam kes yang lebih serius, pembedahan mungkin akan dilakukan untuk membaiki atau membuang organ-organ pembiakan. Jika dibiarkan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan komplikasi membahayakan nyawa jika jangkitan itu merebak.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor