Kenapa Senggugut Kamu Lebih Teruk Berbanding Orang Lain? - Page 3 of 4 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kenapa Senggugut Kamu Lebih Teruk Berbanding Orang Lain?

Jika datang bulan kamu sangat kejam – meninggalkan kamu senggugut dan berguling kesakitan di atas katil setiap bulan, kamu mungkin menghidapi endometriosis (atau salah satu daripada kondisi penyakit lain). 

Foto: Shutterstock.com

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

POLIP ATAU FIBROID

Perbezaan antara polip rahim dan fibroid rahim adalah fibroid terdiri daripada tisu otot dan polip daripada tisu endometrial. Tapi kedua-duanya menyebabkan kesakitan dalam rahim!

Sebanyak tiga daripada empat wanita menghidapi fibroid (tumor benigna yang membesar dalam rahim) tapi kebanyakan tidak mengalami apa-apa simptom. Fibroid besar boleh mengubah bentuk asal rahim dan menekan pada struktur lain yang menyebabkan pendarahan dan mengurangkan kesuburan.

Polip pula bukan perkara biasa tapi ia jauh lebih serius dan berbahaya. Ia boleh menjadi kanser, jadi jangan abaikan simptomnya.

PETANDA: Darah haid yang banyak dan dalam tempoh masa yang lama, pendarahan sedikit ataupun tompokan selepas kitaran haid, haid tidak teratur dan haid yang sakit berpanjangan.

CARA TANGANI: Selepas didiagnosis, polip rahim ataupun fibroid boleh dibuang dengan pembedahan hysteroscopy – prosedur sama yang digunakan untuk diagnosis masalah rahim. Fibroids juga boleh dibuang dengan pembedahan myomectomy ataupun fibroidectomy.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor