Kenapa Senggugut Kamu Lebih Teruk Berbanding Orang Lain? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kenapa Senggugut Kamu Lebih Teruk Berbanding Orang Lain?

Jika datang bulan kamu sangat kejam – meninggalkan kamu senggugut dan berguling kesakitan di atas katil setiap bulan, kamu mungkin menghidapi endometriosis (atau salah satu daripada kondisi penyakit lain). 

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

ENDOMETRIOSIS

Dianggarkan satu daripada sepuluh wanita seluruh dunia menghidapi penyakit endometriosis – penebalan sel lapisan dalam rahim di luar rahim. Ia boleh mengakibatkan beberapa kekejangan dan membawa kepada kemandulan, jadi jangan abaikan petanda-petanda tersebut.

Lebih daripada 60 peratus wanita yang menghidapi endometriosis juga didiagnosis dengan IBS. Ini bermaksud jika kamu mempunyai cirit-birit kronik atau sembelit, dan didiagnosis dengan IBS, lebih baik kamu jalani pemeriksaan endometriosis. Rawatan IBS kamu tidak akan berjaya jika masalah ia juga berpunca daripada endometriosis.

PETANDA: Sakit ketika hubungan intim, pendarahan banyak atau tidak teratur, sakit belakang dan pelvis yang berterusan atau cirit-birit ketika haid.

CARA TANGANI: Sebaik saja kamu didiagnosis oleh doktor, kamu akan diberi ubat pil seperti NuvaRing, Implanon atau Mirena IUD. “Ini menghalang ovulasi dan mengurangkan pengeluaran prostaglandin (hormon kimia yang menyebabkan kekejangan teruk), jelas Dr jane Hunt, pakar kesihatan wanita di Holdsworth House Medical Practice, Sydney Australia. “Jika kamu menggunakan NuvaRing, kami menyarankan agar kamu menggunakannya secara berterusan.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor