Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
tidur

Kenapa Lelaki Kuat Tidur?

Antara janji temu kalian dan sesi memerap atas katil, si dia memilih yang kedua? Ini sebabnya…

tidur

Lelaki suka tidur kerana dalam masa beberapa jam itu, mereka tak perlu pun berada dalam dunia yang ‘gila.’ Macam-macam perkara dahsyat boleh berlaku semasa kamu sedar seperti kesibukan trafik, tampal gigi, kena marah dengan bos dan perlu basuh kain. Kami bebas daripada tanggungjawab dan kesulitan hidup bila berada di atas katil.

Memang betul pun, tiada alasan untuk bangun awal. Kenapa nak memenatkan diri sepanjang hari semata-mata sebab nak beratur beli nasi lemak Kampung Baru? Atau ada kenduri yang bermula jam 7 pagi? Memang takkan berlaku pun. Lagipun, brunch dicipta supaya kami boleh makan penkek waktu tengah hari – it’s our obligation to honour that. Jika kamu seorang yang cukup dambakan suasana matahari terbit, kenapa tak boleh tunggu sampai 12 jam? Suasananya masih sama bila matahari tenggelam.

Kebanyakan lelaki hanya akan keluar daripada hibernasi untuk melakukan sesuatu perkara yang mengujakan – misalnya road trip. Wanita dan lelaki memang suka road trip, samalah seperti dalam filem Crossroads atau The Hangover, kalau kamu perasan. Ada juga sesetengah lelaki yang suka sesi seks pada waktu pagi. Tetapi jika kamu nak berbuat baik dengan suami, biarlah dia tidur. Usah dikejutkannya semata-mata kamu mahu ditemani. Tak perlulah nak bawa suami semata-mata nak memperbaharui lesen kereta. Tak payah bangun pagi bagaikan lesen yang lelaki masih hidup.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor