Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kenapa Lelaki Berbohong?

 

Cosmo cungkil rahsia jejaka yang suka berbohong dalam buku Liespotting: Proven Techniques to Detect Deception oleh Pamela Meyer.

19426908_m

 

Lelaki Menipu Tentang Diri Sendiri…

Lapan kali lebih kerap berbanding mereka menipu mengenai orang lain (contohnya untuk menutupi kesalahan temannya).

 

Untuk Elak Konflik

Sebab itulah mereka suka kata “I akan call nanti” atau “I buat sekejap lagi”, sedangkan mereka tak bercadang nak buat pun.

 

Apa Yang Menyebabkan Mereka Menipu Sebenarnya?

Saja untuk berlagak. Lelaki biasanya akan berbohong semata-mata untuk menampakkan yang diri mereka hebat dan berjaya, sedangkan mereka tidak…

 

Lelaki Kurang Rasa Bersalah Bila Berbohong Berbanding Wanita

Memandangkan mereka kurang emosi, mereka tak fikirkan sangat akibat perbuatan itu. Sebab itu juga lelaki kurang rasa dikhianati bila orang lain cakap bohong dengan mereka.

 

Foto: 123RF.COM

 

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor