Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kenapa Kamu Perlukan Vitamin C Untuk Kulit Cantik

Manfaat Vitamin C? Ia pudarkan dan menghalang kesan matahari, penuaan, bekas jerawat dan mengaburi garis-garis halus serta meningkatkan keberkesanan tabir suria.

Jadi kenapa kamu tak pakai? Jom lihat apa kesannya jika kamu tak tinggalkan Vitamin C dalam rutin seharianmu.

Kulit Mulus

Vitamin C adalah antioksidan yang berkuasa tak kiralah dalam bentuk serum ataupun pelembap yang mempertingkatkan sistem imunisasi kamu. Ia melindungi kulit daripada kerosakan luaran akibat selaran matahari, pencemaran dan meningkatkan penghasilan kolagen yang membuatkan kulit lebih anjal dan beri efek fresh glow. Bukan sekadar pakai tetapi makanan yang kaya Vitamin C juga akan menambah kepada kecantikan kulitmu: Oren, epal dan brussle sprouts mengandungi antioksidan dengan manfaat antipenuaan yang akan membantu memulihkan kerosakan kulit akibat radikal bebas.

Pigment Constructor

Banyak tompokan gelap pada kulit? Itu namanya pigmentasi. Penawarnya: Vitamin C. Ia menghalang malignan (tyrosinase, enzim yang merangsang pengeluaran melanin dan pigmentasi) menghalang penyahwarnaan dan memulihkan kerosakan akibat matahari. Peringatan: Kamu harus bersabar kerana pigmen yang disebabkan matahari mengambil masa untuk pudar walaupun dengan dos Vitamin C yang tinggi (dalam 10 ke 20%), tetapi ia adalah penghalang pigmentasi yang bagus.

Pendedahan bijak kepada matahari

Krim siang dengan SPF (atau dipakai berasingan) perlu untuk melindungi kulit daripada selaran matahari dan penuaan walaupun pada hari yang mendung. Dan jika kamu campur SPF dengan produk antipenuaan dengan Vitamin C, kamu dilindungi dua kali! Vitamin C meneutralkan radikal bebas yang disebabkan oleh sinar UV sebelum ia dapat menyebabkan kerosakan. Pastikan SPF adalah rutin tetap kamu. Pakai di waktu pagi malah selepas kamu membersihkan kulit untuk serapan optimum.

Good to know

  • Jika asid askorbik ada dalam kandungan produk yang kamu gunakan, then you’re good to go. ‘Saudara’ kepada Vitamin C ini meresap ke dalam lapisan kulit paling dalam dan merangsang kulit.
  • Beli produk yang bekasnya kedap udara dan legap kerana bila Vitamin C terkena cahaya dan oksigen ia hilang keberkesanannya.
  • Tunggu 10 minit sebelum dan selepas menggunakan produk dengan Vitamin C bila hendak menggunakan produk dengan AHA atau BHA (pengelupasan) kerana ia akan hilang.
  • Vitamin C boleh membuatkan kulitmu lebih sensitif, jadi hanya gunakannya pada sebelah malam atau dengan SPF pada waktu siang.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

The Body Shop Vitamin C Glow Revealing Liquid Peel, RM119. Ia menyasar pencemaran yang tertinggal pada kulit untuk kulit yang kelihatan sihat berseri. Gunakan dua hingga tiga kali seminggu.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru