Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kenapa Kamu Mengidam Makan Coklat Sebelum Period?

No, you’re not imagining it. Memang kamu ada chocolate cravings bila haid hampir tiba.

25738443 - closeup of woman eating chocolate candy

 

Para pengkaji dari National Institute of Nutrition and Food Technology mengkaji tabiat makan, berat, dan tahap hormon 30 wanita berusia 18 hingga 45 tahun. Semasa fasa folikular – waktu di antara akhir kitaran dan permulaan ovulasi – mereka mengambil kira-kira 1,688 kalori. Semasa fasa periovulatory (bila ovulasi bermula), pengambilan kalori mereka meningkat ke 2,175. Dalam fasa luteal iaitu selepas ovulasi, pengambilan kalori mereka berubah kepada 2,164. (Teka apa yang mereka makan kebanyakannya? Karbo!)

Pengkaji menyatakan perubahan ini disebabkan ‘peningkatan estrogen dan progesteron ketika fasa luteal, yang boleh menurunkan paras hormon serotonin – bahan kimia gembira sama yang dirembeskan bila kamu makan coklat.’

Pengkaji juga menggesa bahawa ‘perubahan dalam tabiat pemakanan ketika kitaran haid perlu diambil kira ketika membuat penilaian tentang pengambilan makanan wanita.’ That’s right.

Wanita – 1, Masyarakat – 0. Jangan biarkan sesiapa pun buat kamu rasa bersalah bila makan Kit Kat.

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Ysa Singson (www.cosmo.ph)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor