Kenapa Kamu Masih Belum Kaya Walaupun Gajimu Tinggi?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
businesswoman

Kenapa Kamu Masih Belum Kaya Walaupun Gajimu Tinggi?

Jangan hanya tahu mengeluh, sebaliknya beri komitmen!

businesswoman

Ya, kami ya tahu ‘kaya’ memberi definisi berbeza kepada setiap orang. Buat sesetengah orang, ia bermakna kamu mampu (dari segi kewangan) mengembara ke serata dunia beberapa kali setahun, orang lain pula menganggap diri kaya apabila berjaya mencapai kemewahan yang diidamkan. Tapi bila bercakap perihal duit lebih-lebih lagi bab menyimpan – it’s always easier said than done. Cosmo kongsikan sebab-sebab mengapa kamu masih belum kaya walaupun sudah mendapat kenaikan pangkat dan gaji.

1. Kamu berbelanja seperti orang kaya

Kamu sering gunakan alasan “I deserve it” untuk membeli barangan baru atau makan mewah lebih-lebih lagi bila gaji sudah masuk. Malah sebelum gaji masuk pun kamu sudah rancang bagaimana kamu ingin belanjakan wang tersebut, tanpa mengendahkan fakta yang langkah pertama kamu harus lakukan adalah menyimpan. “Spend like you’re poor and you are much more likely to become rich.”

2. Kamu tak ada matlamat

Tanpa perancangan kukuh, menjadi kaya akan kekal sebagai fantasi saja. Kamu akan terus berangan sambil enjoy membeli-belah tanpa batasan. Kemudian kamu akan overwhelmed dan beritahu diri sendiri, “Okey, benda ni takkan berlaku lagi!” Kamu mengabaikan cara yang boleh membantu kamu menjadi kaya dengan tabiat yang sukar dihentikan ini.

3. Kamu lebih suka mengeluh berbanding memberi komitmen

Setiap orang mahu tahu rahsia kejayaan orang lain membuat simpanan, tapi punca kenapa tahap kewangan kamu masih tidak berubah adalah kerana kamu TIDAK berbuat apa-apa mengenainya. Kamu boleh baca semua tip yang kamu mahu, tapi ia tidak akan berjaya jika kamu tidak mengubah cara kamu tangani kewangan. “Duit gaji saya tak cukup.” “Saya tak tahu cara nak melabur.” “Credit cards are evil.” Ini semua alasan untuk terus terperangkap dengan hutang dan terus belanjakan wang pada benda-benda tak berfaedah. Beri komitmen untuk berbelanja secara bijak, kamu pasti akan melihat hasil positif yang diingini.

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Ysa Singson (www.cosmo.ph)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor