Kenali Zon Erotik Lelaki
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kenali 10 Zon Erotik Lelaki

Kenali 10 Zon Erotik Lelaki

Siapa kata suami hanya akan terangsang bila kamu belai ‘asetnya’ saja? Bahagian tubuh di bawah ini juga mampu beri kenikmatan tidak terhingga jika kamu beri lebih perhatian.

Kenali 10 Zon Erotik Lelaki

Shutterstock.com

1. Puting dada: Ia mempunyai kapasiti erotik sama seperti puting wanita – banyak bekalan saraf dan amat sensitif. Jika sentuh, kamu mampu tingkatkan nafsu si dia.

2. Perineum: Kamu boleh rangsang dengan urutan perlahan kerana ia membangkitkan rasa sensual bila kalian ‘bersama’.

3. Punggung: Bahagian ini antara kawasan erotik yang jarang diterokai. Urut lembut secara berulang-ulang untuk buat si dia angau.

4. Belakang telinga: Bukan saja cium, sentuh saja pun sudah mampu buat si dia geli. Saat bercumbu, ghairah si dia akan memuncak. Kemungkinan besar dia akan beri peluang untuk kamu teroka seluruh bahagian ini.

5. Leher: Kulit di bahagian ini lebih nipis kerana banyak saraf yang berkumpul. Oleh itu, si dia mudah terangsang apabila disentuh.

6. Bawah lengan: Ramai jejaka mengakui sentuhan ringan di pergelangan tangan hingga siku cukup untuk menimbulkan rasa ghairah. Tetapi sentuhan yang terlalu cepat dan kasar tidak akan menimbulkan sensasi erotik. Ingat tu!

7. Atas bibir: Bahagian wajah paling sensitif terletak di atas bibir. Di situlah terletaknya hujung saraf perasa. Sentuhan selembut mana pun mampu membuatkan si dia di awang-awangan.

8. Kulit kepala: Kulit di bahagian ini sangat nipis dan menyimpan terlalu banyak saraf sensitif. Tip Cosmo, ajak si dia berbaring di riba kamu dan ramas kepalanya, kemudian lihat bagaimana reaksinya.

9. Tapak tangan: Ia antara daerah sensitif untuk dirangsang. Urat-urat kecil di bahagian ini begitu peka dengan geselan atau urutan. Jika diurut pada bahagian ini, si dia akan berasa cukup ghairah seolah-olah kamu mengajak si dia untuk ‘bersama’.

10. Telinga: Cuba teka kenapa suami sering mencumbu atau mengigit manja telinga kamu? Jawapannya kerana si dia berharap kamu akan memberi perhatian yang sama pada telinganya!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor