Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
man

Kenali Sikap Lelaki Melalui Minuman Kegemarannya

Mahu cungkil rahsia personaliti buah hati kesayangan kamu tu? Mudah saja. Ketahuinya melalui jenis minuman kegemarannya.

man

 

Jus Buah-Buahan

Jika minuman ini yang menjadi pilihan si dia setiap kali kalian keluar makan bersama, ketahuilah ini: Dia seorang yang merendah diri dan selesa dengan dirinya sendiri. Apa yang kamu lihat, itulah dirinya yang sebenar – langsung tidak berpura-pura. Jika dia sukakan sesuatu atau tidak gemarkan sesuatu, dia akan berterus-terang denganmu. Tapi kadangkala kebenaran yang keluar dari mulutnya agak ‘pedas’ untuk diterima, jadi kamu kenalah bersedia. Sikap merendah diri yang dimilikinya membuatkan dia disukai ramai teman-teman, dan dengan mudah dia boleh menawan hati keluarganya. Wah, beruntungnya kamu!

 

Minuman Berkarbonat

Dia seorang jejaka yang sangat fun dan boleh bergaul dengan semua orang. Sikapnya yang agak gila-gila membuatkan semua orang mahu mendampinginya. Tapi disebabkan itu juga dia mudah dipengaruhi teman-teman. Bila mendampingi jejaka begini, pastikan si dia tahu bahagikan masa antara kamu dan rakan-rakannya kerana kemungkinan besar dia akan luangkan lebih masa bersama ‘geng’ berbanding buah hati sendiri.

 

Kopi Arabika

Kopi menjadi minuman kegemarannya? Dia seorang jejaka yang sangat rajin dan ringan tulang, langsung tak berkira untuk hulurkan kepada kamu (juga orang sekeliling) saat diperlukan. Namun ada sedikit kekurangan pada jejaka begini: Dia termasuk dalam golongan yang obses dengan penampilan diri serta bongkak. Setiap apa yang disarungkannya mestilah daripada jenama terkenal. Walaupun terpaksa hidup ‘sengkek’ hingga akhir bulan kerana boros berbelanja, itu langsung tak mengganggu dirinya. Baginya apa yang penting adalah bila menjadi perhatian sekeliling dengan penampilan yang kemas dan hebat. Kamu sebagai teman wanitanya pun harus tampil dengan penampilan on point setiap masa. Sanggup?

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor