Kenali Guru Matematik Paling Kacak Dan Hot Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
pietro boselli

Kenali Guru Matematik Paling Kacak Dan Hot Di Dunia

Seorang pelajar berasal dari Malaysia seakan bermimpi apabila melihat guru subjek Matematiknya terlalu kacak ibarat seorang model ternama. Baginya, guru tersebut terlalu sempurna untuk profesion sebagai seorang guru! Dia kemudian membuat carian di internet dan memuat naik gambar gurunya itu – Pietro Boselli. Boom! Lelaki itu sebenarnya memang seorang model terkenal berasal dari Itali.

pietro boselli

Begitulah bermulanya kisah model antarabangsa, Pietro Boselli yang juga merupakan seorang guru subjek Matematik di University College London. Pietro seorang pelajar yang pintar sebelum ini dan memulakan karier sebagai model sambilan namun tetap mementingkan akademik. Dia berpindah ke London pada tahun 2007 untuk menyambung ijazah Kejuruteraan Mekanikal di University College London. Bakatnya sebagai model telah dikesan seawal usianya 8 tahun dan menjadi model kanak-kanak untuk jenama Armani.

View this post on Instagram

Awake

A post shared by Pietro Boselli (@pietroboselli) on

Pietro sebelum ini semahunya menyembunyikan kerjayanya sebagai model daripada para pelajarnya kerana dia segan dan tidak mahu mereka memandang rendah terhadapnya. Baginya, lelaki yang berjaya bukan dipandang pada paras rupa namun tahap pemikiran mereka. Pietro mula perasan dengan sikap sesetengah pelajarnya yang kerap menangkap fotonya secara sembunyi ketika dia sedang mengajar.

Salah seorang pelajarnya bertindak menghantar foto Pietro untuk sebuah pertandingan ‘Guru Paling Kacak’ di Facebook dan Pietro telah memenanginya. “Saya tidak tahu mereka menghantar penyertaan untuk saya.” jelasnya. Pietro juga mengajar subjek lain seperti Modeling and Analysis, Computing, dan Thermodynamics. Majalah People turut menobatkannya sebagai guru paling kacak di dunia. Malah Pietro tidak kisah jika pelajarnya melihat foto dia tidak berpakaian di laman sosial.

View this post on Instagram

What do you train for?

A post shared by Pietro Boselli (@pietroboselli) on

Bercerita mengenai kerjayanya sebagai model, Pietro telah menjayakan kempen bersama Giorgo Armani dan menjadi wajah untuk jenama tersebut. Malah dia juga salah seorang model lelaki yang berjaya di pentas peragaan dan telah menjayakan kempen jenama terkenal seperti Moschino, Equinox, and Vogue. Oleh kerana menerima sambutan dan populariti yang meningkat, Pietro kini mempunyai saluran di YouTube dimana peminatnya boleh mengetahui perkembangannya.

 

Foto: Instagram.com/pietroboselli 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness