Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kenali Deria Lelaki

Lelaki sering kata wanita adalah makhluk paling rumit. Tapi sebenarnya lelaki sendiri merumitkan! Namun tidaklah sesukar mana untuk kamu tafsirkan kerana kamu hanya perlu ambil tahu ‘deria’ lelaki ini.

Misteri: Your man is an explorer by nature. Lagi kurang dia tahu, lebih banyak yang dia mahu tahu. Oleh sebab itu kamu mencetuskan rasa ingin tahu dia apabila kamu tidak dedahkan kesemua pemikiran kamu kepadanya. Misteri itu seksi! Remember that.

Anticipation: Melengahkan kepuasan akan buatkan suami kamu berfantasi tentang kamu dengan lebih lagi. Apabila kamu usiknya dengan pesanan ringkas berbaur seksi dan nakal atau berjanji padanya untuk lakukan seks malam nanti, imaginasi dia akan meliar.

Ruang: Lelaki sering kali mahukan apa yang dia tidak boleh dapat. Jika kamu tidak selalu bersamanya 24/7 dan kamu mempunyai kehiduan aktif selain daripada hubungan serta rumah tangga (keluar shopping bersama teman-teman, kelas yoga dan sebagainya), dia ada masa untuk rindukan kamu. Dan apabila dia rindukan kamu, dia akan lebih mahukan dirimu.

Kejutan: Lelaki tidak suka rutin dan perkara yang biasa. Variety is the key. Lakukan gerakan baru bukan saja akan buatkan suami turn on dengan kamu, malah ia akan kekalkan keupayaan untuk tertarik kepada kamu sepanjang masa.

 

Foto: 123rf.com

 

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert