Lelaki tidak mempunyai superpower untuk membaca minda, wanita pula terkenal dengan sikap suka meletakkan harapan melangit. Tiba masanya untuk expect less and accept more dalam perhubungan.
Foto: Shutterstock.com
Semakin membesar, semakin kamu sedar bahawa figura putera yang kamu bayangkan selama ini amat sukar dicari. Jadi kamu mula belajar untuk terima jejaka yang miliki hampir kesemua kriteria yang kamu cari. Kamu cuba yakinkan diri agar terima si dia seadanya – kelebihan serta kekurangannya.
Masalahnya di sini, betulkah kamu sudah singkir senarai dalam fairytale kamu itu? Cosmo tahu, dalam diam kamu masih mengharap si dia menjadi Prince Charming dengan menghantar bunga berserta kata-kata romantis pada kad. Jika kamu masih berharap dia akan berubah untuk kamu, stop! Berhenti berangan sekarang juga.
Unmet expectations kill your love. Apabila jangkaan kamu tidak selari dengan realiti, kamu mula bergaduh dan bermasam muka. Mengapa kamu perlu expect less dan accept more?
Leave a Reply