Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kenali 4 Pembunuh Cinta!

Lelaki tidak mempunyai superpower untuk membaca minda, wanita pula terkenal dengan sikap suka meletakkan harapan melangit. Tiba masanya untuk expect less and accept more dalam perhubungan.

Foto: Shutterstock.com

Semakin membesar, semakin kamu sedar bahawa figura putera yang kamu bayangkan selama ini amat sukar dicari. Jadi kamu mula belajar untuk terima jejaka yang miliki hampir kesemua kriteria yang kamu cari. Kamu cuba yakinkan diri agar terima si dia seadanya – kelebihan serta kekurangannya.

Masalahnya di sini, betulkah kamu sudah singkir senarai dalam fairytale kamu itu? Cosmo tahu, dalam diam kamu masih mengharap si dia menjadi Prince Charming dengan menghantar bunga berserta kata-kata romantis pada kad. Jika kamu masih berharap dia akan berubah untuk kamu, stop! Berhenti berangan sekarang juga.

Unmet expectations kill your love. Apabila jangkaan kamu tidak selari dengan realiti, kamu mula bergaduh dan bermasam muka. Mengapa kamu perlu expect less dan accept more?

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) BERI RUANG KEPADA DIRI SENDIRI…

Apabila kamu mengharap dan ia tidak kesampaian, kamu rasa seperti tidak dihargai. Betul tak? Apabila si dia pujuk kamu dan kalian sudah berbaik, kamu mula buat perangai itu semula dan perkara sama terjadi lagi dan lagi. Give yourself a break already. Berhenti berharap. Ia tidak berikan kamu apa-apa kebaikan dan hanya memeningkan kepala kamu terhadap perkara remeh dan tidak penting.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert