'Kembar' Bella Hadid Berjaya Ditemui!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
'Kembar' Bella Hadid Berjaya Ditemui!

‘Kembar’ Bella Hadid Berjaya Ditemui!

Baru-baru ini Bella Hadid berkongsi satu gambar selebriti yang sangat mirip dengannya sehinggakan Hailey Baldwin pun tak dapat bezakan mereka berdua!

Seakan sama seperti cerita filem Netflix The Princess Switch, Bella memuat naik gambar throwback Carla Bruni daripada photoshoot Vogue Italy pada tahun 1996.

Peminat dan rakan-rakannya mengakui mereka bagaikan pasangan kembar, daripada kepanjangan rambut, hidung, bibir, mata dan hampir semua ciri-ciri wajah.

Hailey bagaimanapun tidak percaya wanita tersebut bukanlah Bella. “Stop being funny Bells this is you,” katanya. Hailey percaya wanita tersebut adalah Bella tetapi memakai mekap tebal.

Peminat juga memberi reaksi yang sama:  “You’re literally her reincarnated but she didn’t even die. That’s the crazy part.” Seorang lagi berkata:  “I always thought you have very 80s supermodel feels to your features. Super sharp and classic [sic].”

"I really have a hard time telling young Bella from young Carla at times. Especially when the eye colour is unclear,” tambah seorang peminat.

Ini bukanlah pertama kali kemiripan wajah mereka diperkatakan. Sebelum ini Carla pernah berkata mungkin Bella adalah anak kandungnya tetapi lupa pernah lahirkannya!

Sejujurnya, ini saja penjelasan yang masuk akal buat masa ini.

 

Artikel asal: Lucia Ennis (Cosmopolitan.uk)

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for bella hadid

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker