Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
fun

Kembalikan Gaya Hidup Fun Dengan 5 Aktiviti Ini

Masihkah kamu ingat menghabiskan masa selepas balik sekolah melompat tali atau berbasikal di sekeliling kawasan rumah? Tiada sebab kamu perlu berhenti daripada melakukan aktiviti dan gaya hidup fun ini.

fun

1. GELEK HULA HOOP

Nak mula menguasai ‘tarian gelek’ dengan hula hoop ini memang sukar, tapi bila dah tahu caranya pasti taknak berhenti! Mulakan dengan meletak gelung itu atas sedikit daripada pinggang kamu kemudian tolaknya agar ia mengelilingi pinggang. Pada masa sama, kamu kena pindahkan berat badan ke depan dan ke belakang supaya dapat menahan gelung itu daripada terjatuh. Jika kamu sukar nak keep up, cuba letak satu kaki di depan sedikit daripada yang sebelah. Bila kamu dah dapat menguasainya, kangkang lebih luas daripada paras bahu. Kamu boleh dapatkan gelung itu di rangkaian barangan sukan atau yang berwarna-warni cantik di Toys ‘r Us.

Lokasi: Di dalam atau halaman rumah. Atau di taman dengan kawasan luas.

 

2. BERBASIKAL

Ada bezanya naik basikal di gim dengan berbasikal dengan ‘diselimuti’ udara segar. Kamu akan rasa lebih gembira dan puas hati. Lagipun ia juga bertindak sebagai satu senaman yang mudah dilakukan kerana kamu boleh berbasikal di mana saja, pada bila-bila masa dan tak perlu belanja besar pun. Kamu hanya perlukan basikal, masa kira-kira setengah jam atau bila kamu lapang, dan sedikit keyakinan. Selain memantapkan otot, menguatkan kadar denyutan jantung, ia turut membina stamina dan biasanya, tanpa kamu sedari pun! Tunggu apa lagi, kalau tak suka berbasikal sendirian ajak teman baik atau si dia jadi teman.

Lokasi: Check out Wheelie Sundays di Publika Solaris Dutamas. Jalan di situ ditutup dari 7 hingga 10 pagi malah ada khidmat sewa basikal pelbagai saiz.

 

3. MAIN LAYANG-LAYANG

Kalau kamu dah bosan habiskan hujung minggu dengan aktiviti tipikal seperti membeli-belah atau menonton wayang, apa kata rancangkan petang weekend kamu untuk bermain layang-layang. Tapi aktiviti ini tidaklah boleh dilakukan secara bersendirian. Inilah peluang untuk menghabiskan waktu kualiti dengan teman sekepala atau ahli keluarga. Jika kamu yang memegang tali, temanmu akan memegang layang-layang dan kalian perlu berlari sedikit untuk mendapatkan momentum angin sebelum melepaskan layang-layang terbabit. Tarik perlahan-lahan untuk menaikkan layang-layang lebih tinggi.

Lokasi: Taman Metropolitan Kepong antara tempat terkenal dan menjadi kunjungan ramai pada petang hujung minggu. Malah, kamu boleh membeli layang-layang pelbagai rupa di situ. Kamu juga boleh ke tepi pantai kerana confirm angin di situ lebih power!

 

4. ROLLER SKATING

Sama seperti berbasikal, ia memerlukan daya keseimbangan tubuh yang tinggi. Selain the fun factor, ia diakui senaman aerobik paling best oleh Persatuan Jantung Amerika. Ini kerana semua otot dalam tubuh terbabit dan jantung juga akan mengepam darah lebih baik. Menariknya, kamu boleh melakukan sendirian ‘ditemani’ playlist lagu kegemaran dalam iPodmu atau secara berkumpulan. Kebiasaannya peminat skates lakukannya kerana ia menyeronokkan, ada muzik dan boleh menjadi tempat bersosial yang happening.

Lokasi: Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur. Atau check out Roller Sports World di Sungai Wang Plaza.

 

5. LOMPAT TRAMPOLIN

Luangkan 10 minit saja melompat di atas alat ini ia sama dengan tenaga kamu gunakan untuk berlari sejauh 1.5km. Tapi bezanya ia adalah – you will have a lot more of fun! Setiap lompatan yang sukar dijangkakan akan buat tubuhmu lebih peka dengan persekitaran sekaligus membaiki kekuatan otot, kerana tubuh akan cuba mengawal pergerakan agar kamu dapat mengekalkan keseimbangan. Cuba selitkan lompatan sisi ke sisi dalam setiap lompatan, oh seronoknya!

Lokasi: Kamu boleh kunjungi e@Curve di Mutiara Damansara dan cuba lompat Trampolin ini. Fun!

 

6. MELUKIS

Kalau kamu tak minat aktiviti yang membabitkan peluh, apa kata cuba sesuatu yang membabitkan kreativiti seperti melukis. Selain dapat bersosial dalam kumpulan yang berbeza daripada biasa, kamu boleh belajar teknik melukis atau mewarna yang nampak lebih profesional. Inilah masanya untuk bring out the inner child in you menerusi imaginasi dan kreativiti!

Lokasi: Sertai kelas seperti di The Studio @ KL. Layari www.thestudioatkl.com.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor