Brad Pitt Dan Jennifer Aniston Kembali Bersama?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kembali Bersama? Brad Pitt Buat Kejutan Di Parti Hari Jadi Jennifer Aniston!

Kembali Bersama? Brad Pitt Buat Kejutan Di Parti Hari Jadi Jennifer Aniston!

Happy belated birthday Jennifer Aniston! Jen menyambut hari jadi ke-50 pada 11 Februari lalu dan sambutan ulang tahunnya kali ini sangat meriah dan penuh dengan kejutan!

Jennifer menjemput rakan selebriti seperti Katy Perry, Orlando Bloom, Reese Witherspoon, Laura Dern, Gwyneth Paltrow, John Mayer, Robert Downey Jr., Kate Hudson, Demi Moore, George dan Amal Clooney, Courtney Cox, Barbra Streisand, dan Lisa Kudrow.

Tetapi mungkin senarai tetamu yang paling mengejutkan adalah bekas suami Jen iaitu Brad Pitt. People melaporkan Brad membuat “casual” entrance di parti tersebut.

Sudah tentu Brad akan pergi ke parti ini kerana dia dan Jen pernah berkahwin selama beberapa tahun, dan hanya kerana mereka telah bercerai, tidak bermaksud mereka kena kekal bermusuhan.

Tetapi agak mengejutkan melihat mereka berdua menjadi sangat mesra. Adakah cinta lama berputik semula? Mereka dilaporkan kembali berbaik selepas Brad menghubungi Jen dan memberikan kata-kata semangat selepas kehilangan ibunya.

Brad juga memohon maaf kerana meninggalkan aktres itu dan berharap Jen tidak berdendam. Brad dan Jen berkahwin pada tahun 2000 dan berpisah lima tahun selepas itu. Perpisahan mereka dikatakan berpunca dengan Angelina Jolie.

Artikel asal: Alanna Lauren Greco (Cosmopolitan.com)

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker