Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kelegaan untuk kulit yang merengsa

Mungkin ‘doktor’ ini dapat membantu…

 

Bagi mereka yang sering bermasalah ruam-ruam serta kerengsaan kulit, perkara kecil seperti mencuba produk baru atau mengubah rutin penjagaan kulit boleh disamakan dengan eksperimen sains yang kamu tidak pasti apa kesudahannya. Adakah tiba-tiba muka akan berbiji-biji? Lebih merah daripada udang bakar? Oleh kerana penghalang kulit yang lemah, kulit sensitif boleh menjadi lebih teruk dari rangsangan terkecil, menyebabkan calar halus dan keretakan mikro di permukaan kulit. Ini adalah kitaran yang tidak berkesudahan – ini mengakibatkan kehilangan lembapan, perintang kulit menjadi lebih lemah, kekeringan yang melampau dan tambah rengsa! Malangnya perjalanan kulit sensitif tidak semudah yang lain namun ada yang dapat membantu. Jom jumpa Dr. Belmeur…

Siapa Dr. Belmeur? Bukan orangnya secara fizikal tetapi rangkaian penjagaan kulit premium oleh jenama kosmetik Korea, THE FACE SHOP untuk kulit super-sensitif dan kering. Dr Belmeur Advanced Cica menampilkan teknologi unik, Skin Sync Rx™, yang mengandungi trio bahan untuk melembapkan, menenangkan dan menguatkan kulit:

Ceramide – Ini adalah bahan utama dalam membentuk halangan kulit, membantu mencegah kehilangan kelembapan sambil mengunci penghidratan.
Panthenol – Juga dikenali sebagai Pro-vitamin B5, ia memberikan lembapan mendalam tanpa menyebabkan kerengsaan atau sensitif.
Ekstrak Centella Asiatica – Bahan anti-radang dan menenangkan, juga dikenali sebagai Tiger Grass kerana kisahnya harimau akan menggesel kulitnya pada tumbuhan ini untuk merawat lukanya sendiri!

 

Dr. Belmeur Advanced Cica Recovery Serum (50ml, RM165)

Menenangkan, menguatkan penghalang kulit, memperbaharui serta menganjalkan, serum ini membantu mengunci kelembapan sambil merawat calar-calar halus pada permukaan kulit dengan Skin Sync Rx™. Tekstur seperti salap memberikan kemasan lembut dan licin, membentuk seperti lapisan perlindungan untuk lembapan berpanjangan.

Dr. Belmeur Advanced Cica Recovery Cream (50ml, RM165)

Kulit sensitif memerlukan lebih daripada sekadar kelembapan. Ia perlu penghidratan mendalam untuk membantu memulihkan halangan kulit kepada keadaan yang sihat. Lindungi kulit daripada serangan luaran dengan krim yang lembut dan mudah diratakan ini.

Dr. Belmeur Advanced Cica Hyaluronic Sheet Mask (30g, RM18)

Manjakan diri anda dengan perawatan malam yang dirumuskan dengan Acai Hyaluronic tulen. Pupur menenangkan ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sangat sensitif dan kering. Kepingan seperti kain kasa melekap kemas pada kontur muka sementara intipati gel menyelimuti kulit wajah dengan lapisan lembapan yang lembut.

 

Dr. Belmeur Advanced Cica Recovery Hand Cream (60ml, RM50)

Kulit sensitif tidak terhad pada wajah sahaja tetapi tangan juga! Lindungi tangan dan kuku dengan krim antikedutan yang membekalkan lembapan sepanjang 24 jam tanpa meninggalkan kesan melekit. Kandungan trio Skin Sync Rx™ menyembuhkan calar-calar halus pada tangan sehingga 107%***, menguatkan perintang kulit yang lemah pada tangan kamu.

Kesemua produk Dr. Belmeur Advanced Cica adalah:

  • Diuji dermatologi

  • Dirumus tanpa bahan tambahan yang menyebabkan sensitif seperti: pigmen sintetik, wangian tiruan, triethanolamine, minyak mineral, benzophenone-3, etanol, talkum dan asid benzoik

  • Beraroma lembut sitrus-bunga 100% semula jadi

 

Tips Cantik Untuk Kulit Sensitif

  1. Jangan gosok atau sental kulit terlalu kuat dengan tuala. Ia boleh mencalarkan kulit. Sebaliknya pedap lembut dengan tuala kapas organik.
  2. Elak menggunakan sabun basuh serta pelembap fabrik yang terlalu kuat wangiannya. Pewangi sintetik hanya akan merengsakan lagi kulit kamu yang lemah dan menyebabkan gatal-gatal serta kekeringan.
  3. Tidur berbantalkan sarung sutera. Bukan kerana ia seksi tetapi kain sutera serta kapas menyerap minyak daripada kulit sementara kamu tidur berbanding fabrik lain yang ‘tidak mampu bernafas’ dan membuatkan liang porimu tersumbat.
  4. Tak perlu guna terlalu banyak jenis produk yang boleh buat kulit ‘meradang’! Cukup hanya penjagaan asas seperti Dr. Belmeur Advanced Cica.
  5. Cuci dua kali. Kamu pakai krim tabir suria, solekan dan tak lupa terdedah kepada pencemaran harian. Pastikan wajah dicuci dengan betul. Cuba pembersih solekan atau minyak diikuti dengan pembersih biasa dengan formula lembut.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru