Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kejutan Istimewa Fattah Amin Buat Fazura

Fattah Amin bukan lagi nama yang asing dalam industri tanah air. Suami Fazura ini telah membuat kejutan dengan menghasilkan single terbaru yang dikatakan dicipta khas untuk isterinya itu. Haih, untungnya Fazura dapat suami romantis!

Baru- baru ini Fattah Amin telah memenangi Anuguerah TV Lelaki Paling Popular ABPBH 31. Selain memiliki bakat lakonan yang hebat, Fattah juga kini semakin aktif di dalam bidang nyanyian. KIni, dia bakal mengeluarkan single terbarunya berjudul Isterimewa. Lagu ini telah digubah sepenuhnya oleh Mel Ramlan dan direka khas untuk drama bersiri Isteri Untuk Disewa yang akan ditayangkan di Astro Ria dan Ria HD pada 7 November 2018. Bagi mempromosikan lagu ini, Fattah Amin telah mengeluarkan acoustic teaser, Isterimewa di YouTube Universal Music dan mendapat lebih 175 ribu tontonan dalam masa dua minggu. Lagu tersebut mendapat reaksi  positif daripada peminat-peminat Fattah yang menunjukkan kematangan Fattah dalam bidang nyanyian.

Lagu ini menceritakan tentang luahan  lelaki untuk menjadikan wanita yang dicintainya sebagai isteri. Kepercayaan yang diberi pada Fattah untuk menyanyikan lagu OST drama bersiri ini menunjukkan bahawa Fattah boleh bernyanyi dan berlakon dengan baik. Lagu ini bakal menemui peminat di platform muzik digital seperti Joox, Spotify,Apple Music dan YouTube Channel Universal Music Malaysia.

 

 

Foto: Universal Music Malaysia

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist