Kejayaan Demi Kejayaan Menanti Khai Bahar - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kejayaan Demi Kejayaan Menanti Khai Bahar

Apa saja lagu yang dikeluarkan penyanyi ini pasti mendominasi carta radio atau YouTube. Siapa sangka bakat terpendam jejaka kelahiran Perlis ini dicungkil melalui media sosial iaitu Instagram hingga mendapat gelaran King of Smule.

Tidak Mendabik Dada

Sepanjang dua tahun penglibatannya dalam industri seni, jejaka berkulit sawo matang ini sudah merangkul lebih 18 anugerah! Bukan calang-calang okey dan itu bukan alasan untuk Khai Bahar mendabik dada, sebaliknya pencapaian yang dimiliki buat dia lebih berhati-hati dan memilih kualiti dalam menghasilkan sesebuah lagu. Cosmo tertanya apa perasaan jejaka ini apabila mengecapi kejayaan seawal usia 24 tahun? “Bersyukur dan rasa tak percaya kerana siapa sangka dari suka-suka menyanyi di Smule, kini saya berada dalam industri seni dan diterima peminat. Tanpa sokongan peminat saya mungkin tak ada di sini sambil diwawancara Cosmo. Bayangkan Khai Bahar ditemu bual oleh majalah paling laris di dunia! Bukan itu saja, peminat tak henti undi lagu saya hingga mendominasi carta radio di Malaysia. Tiada apa yang saya harapkan daripada Khai Bahar FC selain terus menyokong kerjaya seni saya,” jelasnya.

Terus Trending Dengan #123

Buah tangan terbaru selepas single Luluh mendapat sambutan luar biasa. Tahukah kamu Luluh adalah nukilan Khai sendiri dari segi penulisan? Terbaru, Khai menghadiahkan #123 khas buat peminatnya dan dia juga menulis lirik lagu ini sendiri. “Saya sengaja mahu beralih angin dan tak mahu mendapat gelaran raja balada pula selepas ini,” jelasnya sambil ketawa. “Tak dinafikan, kelainan dalam perjalanan seni memainkan peranan penting supaya saya terus relevan dalam industri ini. Istimewanya #123, ia berentak rancak. Saya tak mahu peminat bosan dan ‘membawang’ menyatakan saya tak versatil. Jika ada kekurangan dalam nyanyian berentak rancak ini, saya menerima nasihat untuk diperbaiki pada masa hadapan. Saya ingin buktikan pada semua saya boleh menyanyi apa saja genre lagu yang diberi.”

Mahu Berduet Dengan Ramai Penyanyi

“Tiada apa yang diharap selain terus berjaya seperti penyanyi senior sekarang. Lihat saja Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dia kekal relevan hingga kini dan lagu-lagunya dimainkan setiap masa tanpa henti. Saya juga tak sangka sudah diberi peluang berduet dengan bintang besar ini,” ujarnya. Tak dinafikan, berduet dengan penyanyi nombor satu Malaysia merupakan tanda aras yang besar dalam kerjaya Khai Bahar. Mungkin ada penyanyi wanita lain yang Khai mahu berduet? “Siti Nordiana dan siapa sangka kami telah pun berduet dalam single terbaru. Hanya tunggu ‘lampu hijau’ daripada syarikat rakaman untuk dilancarkan. Selepas ini, saya harap dapat berduet dengan Misha Omar, Siti Sarah dan Wany Hasrita. Mana tahu angan-angan ini bakal jadi kenyataan. Berangan kan percuma?” akhirinya.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist