Kejam - Model Dan Influencer Ini Telah Ditembak Sehingga Mati
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kejam - Model dan Influencer ini telah ditembak sehingga mat

Kejam! Model Dan Influencer Ini Telah Ditembak Sehingga Mati

Seorang influencer media sosial popular yang berasal dari Iraq meninggal dunia setelah ditembak mati sebanyak tiga kali ketika sedang memandu di Baghdad minggu lalu.

Tara Fares yang berumur 22 tahun adalah bekas Miss Baghdad serta first runner-up untuk Miss Iraq, dan mempunyai pengikut di Instagram sebanyak 2.8 juta. Bagaimanapun, pada 27 September, dia menemui ajal apabila dua individu menaiki motorsikal telah menembaknya sehingga mati.

CNN melaporkan pihak keselamatan daripada Iraqi Capital telah mengesahkan kematian wanita muda ini. Siasatan telah pun dijalankan.

Tara, mempunyai pengikut yang agak ramai kerana gaya hidupnya yang moden dan liberal di media sosial. Wanita berumur 22 tahun ini juga dikenali melalui pilihan warna terang, pakaian dan rambut warna - warni, serta secara terbuka membincangkan isu seperti penderaan domestik. Ramai yang menyukai Tara kerana sifatnya yang lantang bersuara ini tetapi, FirstPost melaporkan ia telah membuatkan pihak "traditionalits" tidak berpuas hati dan dia telah menjadi bahan hinaan di internet.

Disebabkan itu, Tara dilaporkan berpindah ke Iraqi Kurdistan yang mana komunitinya lebih liberal. Dia masih berulang alik ke bandar asalnya, dan lawatan yang dibuatnya minggu lepas ternyata adalah yang terakhir kali.

Sejak kematiannya, foto hitam putih Tara telah dimuat naik di Instagramnya, dengan kapsyen berbunyi:  "In a treacherous and cowardly incident, Tara Fares Chamoun, is with God. We asked God to accept her with His great mercy."

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Image result for tara fares

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker