Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kehidupan Lebih Sihat Bermula Dari Dirimu

It’s never too late to change – pepatah klasik dan klise namun masih relevan. AIA Vitality, program kesihatan dan kesejahteraan yang menggabungkan manfaat kesihatan dengan penyelesaian insurans hayat menyokong mereka yang mahu mengubah kehidupan ke arah yang lebih sihat.

Zara Mardiana, 34

Disulami personaliti yang cheeky, Zara tampil penuh mesra walaupun tersirat sikapnya yang sedikit pemalu. Bukan mudah untuk seseorang berkongsi kisah hidup. Tapi baginya, it makes her feel powerful and empowering. “Saya didiagnosis dengan Alopecia Areata pada tahun 2004 selepas mengalami keguguran rambut serius untuk beberapa bulan,” katanya.

“Alopecia adalah penyakit berkaitan auto-immune disorder. Atas sebab yang tidak diketahui, imun sistem menyerang folikel rambut saya dan menyebabkan rumpun rambut gugur.”

Kita semua tahu rambut adalah mahkota wanita dan untuk alami apa yang dilalui oleh Zara adalah sesuatu yang sukar dibayangkan. Walaupun terpaksa melalui situasi tersebut, dia tidak pernah biarkan penyakit itu mengawal kehidupannya. She’s living life to the fullest!

“Saya bina keyakinan diri dan bercakap mengenai alopecia secara terbuka. The more I shared, the stronger I felt,” katanya. “You can either wallow in self-pity or you can take back the control by making key decisions. Bagi saya, mencukur keseluruhan rambut berikan saya perasaan seperti saya mengawal keadaan dan buatkan saya rasa 100 kali lebih hebat. Saya juga makan dengan lebih sihat dan mula menjaga tubuh. Pemakanan itu penting untuk keseluruhan kesihatan kamu. It’s all about taking control!”

 

Awatif Nasaruddin, 30

Walaupun tidak pernah bermimpi untuk menerapkan gaya hidup aktif sebelum ini, ia tidak membantutkan semangat Awatif untuk mencapai kehidupan yang lebih sihat. “It is never too late. Tiada tempoh masa ataupun peringkat umur ideal untuk mengubah kehidupan dan take charge of your health! Tiada istilah masa sempurna kerana jika kamu mahukan tahap kesihatan yang lebih baik, ia perlu bermula dari sekarang dan jangan berlengah lagi,” katanya.

Berat badan Wawa pernah mencecah 100kh dan Januari 2016 adalah detik permulaan buat dirinya. “I started to join Kyserun Krew dan sejak itu, saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Mereka bukan saja beri motivasi dan inspirasi kepada saya untuk ubah gaya hidup, malah tanamkan pemikiran positif dalam diri saya. Bukan saja lakukan aktiviti berkumpulan bersama, mereka juga kongsikan ilmu berkaitan kesihatan,” katanya.

Sepanjang satu tahun bersama Kyserun Krew, dia sudah pun menyertai empat half marathon dan larian yang paling mencabar buat dirinya adalah Nike WERUNKL. “Tiada jalan pintas untuk capai matlamatmu. Jadi jangan mengalah, kekal positif, fokus dan komited. Cari aktiviti atau sukan yang kamu benar-benar minat. Saya bernasib baik kerana maraton membantu saya pupuk gaya hidup lebih sihat serta selari dengan minat saya. Siapa sangka, from fat to finish line.”

 

Foto: Arkib Cosmopolitan

 

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert