Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kehebatan Senaman Mendaki Tangga

Pelbagai jenis senaman telah kamu cuba. Namun kesannya masih tidak nampak ataupun hasilnya perlahan? Cosmo berikan kamu tip senaman mendaki tangga yang mampu mencabar tubuh, kekuatan sebenar dan stamina kamu.

tangga

Senaman mendaki tangga adalah yang terbaik untuk membakar lemak, menguatkan bahagian bawah tubuh, membentuk punggung, peha, betis, mengecilkan bahagian perut seterusnya membina abdomen. Dalam masa yang sama ia memberi kebaikan kepada paru-paru dan sistem kardiovaskular (jantung dan saraf darah). Jom baca kehebatan senaman mendaki tangga.

 

Membakar Kalori Jika kamu mempunyai berat sekitar 72 kilogram, senaman mendaki tangga mampu membakar 60 kalori selama tiga minit. Jika kamu melakukannya selama 15 minit sehari, kamu mampu membakar 300 kalori sehari. Untuk hasil yang terbaik, kamu boleh menambah bebanan lima kilogram dumbbell di tangan kiri dan kanan ketika mendaki tangga. Cuba juga lakukan pecutan berskala bermula dengan perlahan-lahan mendaki tangga.

 

Menguatkan Tulang Oleh kerana kamu bersenam melawan graviti, mendaki tangga  adalah senaman ‘menampung berat tubuh’ seterusnya menjadikan tubuh kamu sendiri sebagai alat senaman. Ia menguatkan, meningkatkan ketahanan tulang dan mencegah osteoporosis.

 

Menguratkan Berat Badan Lebih Pantas Mendaki tangga membakar kalori lebih efektif setiap minit berbanding berjalan. Lebih berat tubuh kamu, lebih cepat ia membakar kalori. Ia juga meningkatkan tahap metabolisme kerana mendaki tangga meningkatkan kadar degupan jantung kerana kamu akan bernafas lebih pantas seterusnya menyedut lebih banyak oksigen. Jika kamu ingin memperbaiki masa larian kamu, senaman ini adalah terbaik.

 

Mendaki tangga memberi kelebihan pada kamu yang malas ke gimnasium atau tidak minat pada senaman seperti berbasikal ataupun jogging. Ia boleh dilakukan di tangga rumah (jika tinggal di pangsapuri) ataupun di taman rekreasi tanpa perlu bergerak jauh. Bagaimanapun kamu dinasihatkan tidak berlari menuruni tangga, pastikan mendaki tangga dengan berhati-hati dan berehat jika perlu diantara set senaman ini. Jangan lupa banyakkan minum air atau makan buah oren sebelum bersenam untuk mengelakan hidrasi tubuh.

 

Foto: 123rf.com/Oleh: @curlyjow

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor