Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kebenaran Mengenai Senaman dan Makan Pagi

Apabila ditanya 20 orang berbeza apa mereka makan sebelum bersenam, pasti ada 20 jawapan berbeza: Terlalu banyak hujah mengenai apa yang terbaik untuk tubuh sebelum bersenam — Semuanya pendapat peribadi.

Seorang penulis, misalnya, berkata dia lari 4.5 batu sehari dengan perut kosong, sering memaksa diri menempuh kelaparan, akhirnya dia memilih calorie-bomb seperti donut dan kopi selepas larian.

Patutkah kamu berlapar dan apa manafaatnya?
Pakar bertauliah dalam strength and conditioning Brad Schoenfeld, PhD, juga penulis Strong and Sculpted, yang melakukan kajian terperinci mengenai teknik, langsung tidak bersetuju.

Dikenali sebagai fasting cardio, atau senaman aerobik ketika perut kosong kira-kira 12 jam selepas makan terakhir, sesetengah ahli sukan berpendapat ini adalah strategi yang bagus untuk menjadikan tubuh sebagai mesin pembakar lemak. Teorinya: Tubuh secara pantas akan ke sumber bahan bakar iaitu carbs. Andainya kedaan berterusan, bukan sekadar lemak di bakar tetapi juga pelan B: otot turut jadi bahan bakar dan sistem fisiologikal lain juga.

Bagi kamu yang bersenam untuk satu matlamat sahaja iaitu membakar lemak, berpuasa seperti ini satu idea bernas. Masalahnya: Sains disebaliknya pula mengatakan ia hanya teori, kata Schoenfeld. Walaupun ada kajian menyarankan tubuh kurang membakar lemak jika di dalam sistem tubuh kamu penuh carbs, tiada bukti bersenam ketika perut kosong mampu menukar komposisi tubuh. Jadi penulis yang berlari dengan perut kosong hanya membakar lemak sedikit sahaja, berbanding wanita yang berlari selepas makan pagi. Kiranya berpuasa tidak mengubah komposisi tubuh malah membuatkan kamu rasa lapar dan ditakuti makan secara tidak sihat selepas bersenam.

Sekalipun kamu memilih makanan sihat selepas fasting cardio, namun tubuh kamu tidak menampakkan mana-mana perubahan, tambah Schoenfeld, dia sendiri kurang jelas bahagian mana lemak dibakar dalam tubuh. “Kebanyakannya,” katanya lagi, “kemungkinan lemak di otot yang tidak memberi efek pada penampilang langsung.”

Foto: 123rf.com

Bukan semua orang bersenam untuk penampilan diri. Schoenfeld menunjukkan ada ahli sukan ultra-endurance tidak kisah kesan perut kosong sebelum bersenam, kerana tubuh mereka boleh dilatih membina enzim tertentu yang mampu menolong gmembakar lemak lebih efektif ketika berlumba kelak. Sebaliknya, bersenam dengan perut kosong menambah prestasi mereka yang memerlukan kelajuan dan kekuatan, kerana kebanyakan tubuh bekerja lebih kuat untuk membakar lemak berbanding carbs. Keadaan ini membuatkan kamu kurang tenaga untuk latihan sebenar. Dalam sesetengah teori, fasting cardio mendorong tubuh dengan sendirinya ada metabolize muscle. Kata Scheonfeld, keadaan ini menunjukkan makan pagi lebih bagus.

Bagi yang ada isu kesihatan seperti kencing manis dan hypolycemia, mereka sepatutnya tidak mengamalkan cara senaman berpuasa ini, atau paling tidak minta nasihan doktor pakar terleih dahulu. Mungkin berpuasa boleh membuatkan ada yang pensang dan membawa pada tabiat buruk pemakanan juga.

Sememangnya fasting cardio ini tidak bagus untuk kamu mengamalnya – juga bukan untuk semua orang (terutama yang mahu makan dan bersenam). Tapi ada juga yang tidak mahu makan dan terus bersenam kerana pengambilan makanan sebelumnya membuat mereka cepat rasa kurang sihat kerana perut penuh. Namun, pastikan kamu segera makan selepas bersenam atau lapar.

Artikel asal: Elizabeth Narins

SumberCosmopolitan US