Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kebaikan Bersin Untuk Kesihatan Kamu

Semua orang lakukannya. Ada yang bersin sekuat hati untuk rasa lega, ada pula yang tahan kerana malu. Hakikatnya, bersin mempunyai kebaikan untuk kesihatan dan menahannya boleh membawa padah kepada kesihatanmu.

Foto: shutterstock.com

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

KEBAIKANNYA

Mungkin di tempat awam, kamu akan dianggap kurang sopan jika bersin secara terbuka. Tapi dari segi kesihatan, ia berikan banyak manfaat buat tubuhmu. Tidak salah bersin di tempat awam, yang penting tutup hidung dan mulut kamu!

 

1) Ia membersihkan hidung

Bersin merupakan reaksi spontan tubuh untuk membersihkan lubang hidung daripada bendasing mahupun kotoran. Ia menghembuskan partikel kotor dari paru-paru melalui hidung atau mulut.

 

2) Ia restart tubuh

Pada saat kamu bersin, otot-otot di wajah menegang dan jantung akan berhenti sementara kerana refleks tubuh daripada perbuatan tersebut. Setelah selesai, jantung akan berdenyut semula dan kembali normal.

 

3) Ia menyingkir bakteria

Bersin menyingkir sekitar 40,000 bakteria yang selama ini terkumpul atau terperangkap dalam hidung, mulut serta paru-paru. Pernah tak telinga kamu terasa gatal semasa atau selepas bersin? Ini disebabkan impak kelajuan bersin terhadap telingamu.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert