Kawal Amarah Dengan Bijak - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kawal Amarah Dengan Bijak

Kawal Amarah Dengan Bijak

Kamu mudah melenting walaupun disebabkan perkara kecil? Jika baran kamu semakin sukar nak dikawal, sudah tiba masanya kamu belajar cara untuk atasinya.

Foto: Nick Onken

Adakah kamu sering naik ‘hantu’ apabila kenderaan lain memotong kamu di jalan raya? Adakah darah kamu senang naik apabila temanmu tidak bersetuju dengan cadangan makan malam? Walaupun perasaan marah adalah emosi normal dan sihat , amat penting untuk kamu kendalikannya dengan cara positif agar ia tidak memberi kesan kepada kamu juga orang sekeliling. So, ready to get your anger under control? Here’s how…

1) Fikir sebelum cakap

Ketika sedang marah, amat mudah untuk kamu katakan sesuatu yang akan kamu kesali di kemudian hari. Ambil masa beberapa saat (atau minit!) untuk tenangkan fikiran sebelum berkata apa-apa dan benarkan orang lain dalam situasi tersebut melakukan perkara sama. Jangan sesekali lakukan provokasi dan sentiasa ingat, raise the arguments not your voice!

2) Setelah tenang, luahkan kemarahanmu

Sebaik saja kamu boleh berfikir dengan lebih jelas dan tenang, luahkan kekecewaan kamu dengan cara yang tegas dan bukannya dengan konfrontasi. Beritahu sebabnya dengan jelas dan mudah tanpa menyakiti orang lain atau cuba untuk mengawal mereka.

3) Lakukan senaman

Aktiviti fizikal boleh membantu mengurangkan tekanan dan stress yang menyebabkan kamu jadi pemarah. Jika kamu dapati baran kamu semakin membuak, pergi berjalan, joging atau luangkan masa dengan aktiviti fizikal lain yang kamu suka. Ia boleh mengalihkan perhatian sekali gus mengurangkan perasaan marah yang sedang dialami.

4) Take a timeout

Timeouts aren’t just for kids. ‘Hadiahkan’ diri kamu dan ambil short breaks ketika bekerja yang boleh menyebabkan kamu tertekan atau stress. Beberapa minit berseorangan boleh membantu kamu rasa lebih baik dan mengawal apa yang bakal kamu hadapi tanpa berasa marah ataupun jengkel. Cosmo sarankan coffee break untuk tenangkan diri kamu seketika.

5) Kenal pasti penyelesaian munasabah

Daripada kamu fokus pada punca marah, sebaiknya fikir bagaimana untuk selesaikan atau tanganinya. Bunyi bising dari televisyen mengganggu kamu untuk siapkan kerja di dalam bilik? Tutup pintu bilik. Pasangan kamu sering lewat untuk makan malam setiap hari? Jadualkan waktu makan malam yang lebih relevan atau bersetuju untuk keluar makan bersama pada hari-hari tertentu. Ingatkan diri kamu bahawa kemarahan tidak akan selesaikan apa-apa dan hanya akan memburukkan lagi keadaan.

6) Gunakan ‘I statements’

Untuk elakkan mengkritik ataupun menyalahkan orang lain – di mana hanya akan menambahkan ketegangan – guna ‘I statements’ untuk huraikan masalah tersebut. Be respectful and specific. Sebagai contoh, katakan, “Saya kecewa kamu tinggalkan meja makan begitu saja dan tak tolong saya mengemas atau cuci pinggang mangkuk,” daripada, “Kamu tak pernah buat apa-apa kerja rumah pun!”. Ini lebih baik.

7) Jangan berdendam

Forgiveness is a powerful tool. Jika kamu benarkan kemarahan dan negativiti mengawal perasaan serta emosi positif, kamu akan dapati diri terkesan serta sense of injustice. Tapi jika kamu boleh memaafkannya, kamu berdua boleh mengambil iktibar daripada situasi tersebut. Tidak realistik untuk mengharapkan semua orang menjadi seperti yang kamu mahukan pada setiap masa.

8) Gunakan jenaka untuk lepas tekanan

Lightening up can help diffuse tension. Gunakan jenaka untuk bantu kamu hadapi perkara yang membuat kamu marah atau jangkaan tidak realistik. Elak bersikap sarkastik kerana ia akan menyinggung perasaan dan menjadikan situasi bertambah buruk. Tiada apa yang lebih menyakitkan daripada diperli secara sarkastik oleh seseorang yang kamu sayang.

9) Practice relaxation skills

Apabila baran kamu membara, gunakan relaxation skill kamu. Berlatih deep-breathing exercises – bayangkan suasana relaks atau ulang ungkapan seperti, “Bertenang. Take it easy.” Kamu juga boleh mendengar muzik, tulis jurnal ataupun lakukan beberapa gerak yoga. Tidak kira apa jua kaedah yang kamu lakukan, asalkan ia dapat buatkan diri kamu lebih tenang dan relaks.

10) Tahu bila untuk minta pertolongan

Belajar untuk kawal kemarahan adalah satu cabaran untuk semua orang. Pertimbangkan untuk minta pertolongan jika kemarahan kamu tidak dapat dikawal atau semakin teruk. Sebelum kamu lakukan perkara yang akan kamu kesali atau menyakiti orang di sekeliling, segera hulurkan tangan dan capai bantuan daripada profesional.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor