

Kemunculan dua ikon fesyen ini bukan sahaja memanaskan pentas peragaan malah menerima sorakan daripada tetamu yang hadir. Kate dan Naomi bersetuju bergabung kembali sebagai memberi penghormatan terakhir kepada pereka Louis Vuitton, Kim Jones dengan koleksi terakhirnya di Paris selepas lebih tujuh tahun berkhidmat bersama jenama terkenal itu.
Kate Moss kali terakhir beraksi di pentas peragaan adalah pada tahun 2013, untuk koleksi musim luruh Louis Vuitton. Manakala Naomi sememangnya masih aktif memperaga dan kali terakhir memperagakan koleksi musim bunga 2018 baru-baru ini.
Sementara itu, Kim Jones yang telah berkhidmat sebagai Pengarah Imej dan Seni di Louis Vuitton meninggalkan jenama terkemuka itu selepas tujuh tahun berkhidmat. Kim Jones adalah individu yang memberikan nafas baru kepada koleksi LV bermula tahun 2011 dengan menampilkan koleksi streetwear yang lebih kasual dan muda termasuk seluar trek, sneakers dan graphic tees.
Kim Jones dikhabarkan mungkin akan berkhidmat bersama Versace ataupun Burberry. Kim sebelum ini pernah bekerja dengan banyak jenama mewah terkemuka seperti Uniqlo, Topman, Mulberry, Alfred Dunhill dan Hugo Boss.
Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.