Kate Middleton & Meghan Markle Guna Duit Sendiri Beli Busana Mewah?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kate Middleton & Meghan Markle Guna Duit Sendiri Beli Busana Mewah?

Kate Middleton & Meghan Markle Guna Duit Sendiri Beli Busana Mewah?

Meghan Markle dan Kate Middleton membuat banyak penampilan awam, dan hampir pada setiap acara, busana mereka bernilai ratusan ringit, ataupun ribuan ringgit. Mereka adalah ikon fesyen, dan sudah tentu dunia ingin melihat mereka memakai busana baru di setiap majlis.

Pertama sekali, mereka tidak mendapat bantuan daripada keluarga Diraja sehingga mereka berkahwin.

Apabila Meghan dan Prince Harry bertunang, dia harus membayar pakaiannya sendiri, atau dengan pertolongan Harry sendiri menggunakan harta peribadinya. Tiada apa yang akan dibiayai oleh dana keluarga Diraja. Meghan membayar sendiri gaun Ralph and Russo yang dipakainya untuk gambar pertunangannya yang bernilai $75,000.

FYI, aset Meghan Markle dianggarkan bernilai $7 juta sebelum perkahwinan tersebut, jadi walaupun $75,000 jumlahnya banyak, Meghan mempunyai wangnya sendiri.

Meghan juga dilaporkan membayar sendiri gaun Givenchy perkahwinannya yang bernilai $100,000. Sesetengah sumber mengatakan ia hampir berjumlah $265,000.

Keluarga Kate Middleton dilaporkan membayar gaun perkahwinannya, gaun custom Sarah Burton Alexander McQueen. Kini, ia dilaporkan bernilai lebih $400,000. Sesetengah pihak menganggarkan ia bernilai $200,000 ketika keluarga Kate membelinya.

Walaupun Kate hanyalah orang biasa, tidak bermaksud keluarganya tidak berharta. Aset Kate dilaporkan bernilai sekitar $10 juta, dan syarikat yang dimiliki keluarganya dilaporkan bernilai $50 juta.

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Celebrities Attend Wimbledon

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker