Kanye West Larang Kim Kardashian Promosikan Jenama Lain?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kanye West Larang Kim Kardashian Promosikan Jenama Lain?

Kanye West Larang Kim Kardashian Promosikan Jenama Lain

Menjadi suami kepada Kim Kardashian pasti sangat sukar buat Kanye yang juga ahli perniagaan. Sebagai selebriti, pasti banyak produk daripada perniagaan lain yang Kim mahu promosi. Bagaimana jika barang itu sama dengan produk Kanye?

Kanye West and Kim Kardashian

Dan Kim serta Kanye bukan hanya berbincang berdua mengenai hal ini, tetapi Kim juga memastikan pendapatnya didengari. Dalam satu temu bual terbaru bersama The New York Times, Kim bercerita tentang apa yang dipromosikannya di media sosial, dengan berkata dia menolak banyak tawaran berbanding yang diterimanya.

Kim kongsikan bahawa Kanye pernah menyuruh Kim menolak satu tawaran bernilai USD1 juta kerana syarikat itu knock off barangan Kanye. Jadi Kim pun menolak tawaran tersebut, dan pada Hari Ibu, Kanye memberikan sendiri cek bernilai USD1 juta kepada Kim. Kim berkata,
“He wrote me a check for that amount and said ‘Thank you so much for always being supportive and not posting.'"

Dan jika kamu ingin tahu lebih lanjut mengenai hubungan pekerjaan Kim dan Kanye, NYT juga melaporkan bahawa di ruang tamu Kim terdapat satu 'mood board' yang terdiri daripada gaya mereka atau idea kosmetik, minyak wangi dan aksesori Kim.

Artikel asal: Alanna Lauren Greco (Cosmopolitan.com)

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
Image result for kim kanye

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker