Kamu Terperangkap Dalam Kerjaya Membosankan? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kamu Terperangkap Dalam Kerjaya Membosankan?

Kalau boleh memang nak ‘angkat kaki’, tapi peluang kerjaya lain pula tak kelihatan. Caranya? Perbaiki keadaan agar kamu lebih gembira bekerja. Jadi, gunakan tip berguna berikut untuk tambahkan keseronokan kepada kerjaya dan membuatkan tugasan yang dilakukan berbaloi.

25840623_m

 

Perbaiki Ruang Kerja

Gambar dan tumbuhan boleh digunakan untuk tambah gaya tapi cara yang terbaik adalah dengan kawal semua semak di atas meja kamu. Pastikan kerjaya kamu tak buat dirimu jatuh sakit seperti penyakit sindrom carpal-tunnel. Kemudian pastikan skrin computer berada beberapa meter dari paras mata, tidak silau dan duduk tegak.

 

Ajak Teman Berbual

Bersosial bukan setakat melegakan tapi memperbaiki profil kerja dan bila kamu bina hubungan dengan bos, ia benarkanmu ketengahkan pencapaian tanpa nampak ‘over’. Juga jaga hubungan dengan pegawai rendah dan pelatih agar kamu menjadi mentor atau bos yang disenangi kelak.

 

Maksimumkan Masa Rehat Kamu

‘Bersiar-siar’ dalam pejabat. Pusat Kawalan dan Kekangan Penyakit mencadangkan kamu berehat dari depan skrin setiap setengah jam dan elakkan makan di meja kerja. Bawa makanan yang sihat juga murah dari rumah. Menurut Institut Kesihatan Mental Amerika, cahaya matahari juga boleh bantu melawan kemurungan.

 

Aik… Terbalik?

Jika kamu terlalu bosan dengan tugas harian, minta lagi. Betul! Walaupun kerja bertambah dan jika kamu kurang skil untuk kendali tugasan sebegitu, inilah masa untuk belajar. Tak semua dapat naik gaji. Jadi, bos cari cara lain untuk reward pekerja berbakat. Sertai latihan dan skil yang dipelajari nescaya akan letakkan dirimu di kedudukan lebih baik dan jika berpeluang kamu mungkin mendapat kerja lain kelak.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor