Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kamu Terpaksa Berpindah? Ini Cara Cari Kawan Baru Ala Cosmo

Tak disangka-sangka kamu perlu berpindah ke tempat baru, beratus-ratus kilometer lokasinya. Sudah tiba masanya kamu cari BFF baru dan dengan cheat sheet berikut, pasti rasa gelabah itu tak seberapa.

Foto: Nick Onken

Kamu pindah cross-country kerana dapat pekerjaan baru takpun kena ikut suami yang telah ditempatkan ke negeri atau negara lain. Maka bermulalah babak baru dalam hidup kamu termasuklah meninggalkan geng sekepala di tempat lama. Jika kitaran sosial kamu makin mengecut, cuba bertindak seperti kamu dah putus hubungan: Tinggalkan gaya lama, kembali ke luar sana, jumpa dan berkenalan dengan kawan baru. Ikuti kisah wanita Cosmo berikut dan cara mereka peroleh kawan boleh jadi tauladan untukmu.

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

*KAWAN KEPADA KAWAN

Mengenali bestie berpotensi menerusi kawan mutual ada manfaat besar – dia sudah ditapis oleh seseorang yang kamu sayang dan percayai.

DIA BERJAYA, KENAPA TAK KAMU? *Nurul Lina berkenalan dengan kebanyakan kawannya di London menerusi kenalan yang sudi mengajaknya ke majlis hari jadi atau gathering anak Malaysia. “Saya ada sekumpulan teman yang jadi geng bila ke bandar. Kami jadi rapat menerusi kawan kepada kawan dan kini kami adalah geng tersendiri,” katanya.

PELAN SUKSES Berseronoklah bila keluar secara berkumpulan tapi janganlah lupa kawan yang kenalkan kamu kepada mereka untuk elak sebarang drama pula.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor