Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kamu Terpaksa Berpindah? Ini Cara Cari Kawan Baru Ala Cosmo

Tak disangka-sangka kamu perlu berpindah ke tempat baru, beratus-ratus kilometer lokasinya. Sudah tiba masanya kamu cari BFF baru dan dengan cheat sheet berikut, pasti rasa gelabah itu tak seberapa.

Foto: Nick Onken

Kamu pindah cross-country kerana dapat pekerjaan baru takpun kena ikut suami yang telah ditempatkan ke negeri atau negara lain. Maka bermulalah babak baru dalam hidup kamu termasuklah meninggalkan geng sekepala di tempat lama. Jika kitaran sosial kamu makin mengecut, cuba bertindak seperti kamu dah putus hubungan: Tinggalkan gaya lama, kembali ke luar sana, jumpa dan berkenalan dengan kawan baru. Ikuti kisah wanita Cosmo berikut dan cara mereka peroleh kawan boleh jadi tauladan untukmu.

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

*GADIS GENG SEKEPALA

Kamu dan dia kongsi minat yang sama – sama ada kaki outdoor atau suka maraton – kini tiba masanya untuk naik taraf sesi jumpa sekali-sekala kepada teman suka duka.

DIA BERJAYA, KENAPA TAK KAMU? Tiru cara *Ary Sapie mencari kawan baru bila dia ikut suaminya berpindah ke Pulau Pinang. “Walaupun saya tak bekerja, tak bermakna saya tak perlu ada kawan. Saya sertai kumpulan sosial media yang berkongsi minat dan lokasi sama. Segalanya bermula dari situ dan bila ada perjumpaan, berjumpalah dengan mereka,” katanya. Sememangnya lebih mudah untuk ngam kerana memperoleh minat yang sama.

PELAN SUKSES Guna pakai minat yang sama itu. Jika kalian boleh berbual bak kawan lama kerana minat kepada kumpulan penyanyi Korea yang sama, sudah tentu kamu boleh cerita bab makanan dan melancong bersama ke negara itu.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor