Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kamu Terpaksa Berpindah? Ini Cara Cari Kawan Baru Ala Cosmo

Tak disangka-sangka kamu perlu berpindah ke tempat baru, beratus-ratus kilometer lokasinya. Sudah tiba masanya kamu cari BFF baru dan dengan cheat sheet berikut, pasti rasa gelabah itu tak seberapa.

Foto: Nick Onken

Kamu pindah cross-country kerana dapat pekerjaan baru takpun kena ikut suami yang telah ditempatkan ke negeri atau negara lain. Maka bermulalah babak baru dalam hidup kamu termasuklah meninggalkan geng sekepala di tempat lama. Jika kitaran sosial kamu makin mengecut, cuba bertindak seperti kamu dah putus hubungan: Tinggalkan gaya lama, kembali ke luar sana, jumpa dan berkenalan dengan kawan baru. Ikuti kisah wanita Cosmo berikut dan cara mereka peroleh kawan boleh jadi tauladan untukmu.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

*TEMAN WANITA KEPADA KAWAN BAIK SUAMI/TEMAN LELAKI KAMU

Bila keluar double dates, kalian akan have so much fun…jadi, bagaimana nak tukar sesi lepak berpasangan kepada just-you-girls?

DIA BERJAYA, KENAPA TAK KAMU? *Marina Talhah baru berpindah ke Ipoh bila dia mula rapat dengan Adlina – lagi pula teman lelaki dan suami mereka memang kawan baik malah selalu main bola sepak bersama, sementara the girls boleh bergelak ketawa bersama. “Bila si lelaki pergi main bola sepak, kami akan duduk di bangku tepi berbual atau ke kafé berdekatan untuk minum sambil menunggu mereka selesai bermain,” kata Marina. Dari situ, kawan biasa jadi sahabat, dan walaupun Adlina dah putus hubungan dengan teman lelakinya, dia masih rapat dengan Marina.

PELAN SUKSES Jadikan si dia sebagai wingman. Galakkan dia untuk adakan man date, dan kamu bolehlah gunakannya sebagai alasan untuk berbaik dengan future BFF.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor