Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kamu Terpaksa Berpindah? Ini Cara Cari Kawan Baru Ala Cosmo

Tak disangka-sangka kamu perlu berpindah ke tempat baru, beratus-ratus kilometer lokasinya. Sudah tiba masanya kamu cari BFF baru dan dengan cheat sheet berikut, pasti rasa gelabah itu tak seberapa.

Foto: Nick Onken

Kamu pindah cross-country kerana dapat pekerjaan baru takpun kena ikut suami yang telah ditempatkan ke negeri atau negara lain. Maka bermulalah babak baru dalam hidup kamu termasuklah meninggalkan geng sekepala di tempat lama. Jika kitaran sosial kamu makin mengecut, cuba bertindak seperti kamu dah putus hubungan: Tinggalkan gaya lama, kembali ke luar sana, jumpa dan berkenalan dengan kawan baru. Ikuti kisah wanita Cosmo berikut dan cara mereka peroleh kawan boleh jadi tauladan untukmu.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

*RAKAN SEKERJA

Kamu selalu lihatnya di pejabat, memiliki sasaran kerjaya serupa dan terus-terang, kamu berdua perlukan seseorang untuk bercerita semula mengenai rancangan TV jam tujuh kegemaran kalian.

DIA BERJAYA, KENAPA TAK KAMU? *Amina Ramlan baru mendapat kerja di sebuah firma guaman bila dia sedar yang teman sekerjanya Fazlina sangat ngam dengannya. “Kami sama-sama masih single dan kami berdua memang suka makan jeruk,” kata Amina. Mereka mula keluar makan tengahari bersama, tapi satu hari itu, “Kami terpaksa kerja lewat, lantas saya ajak dia keluar makan malam. Setahun setengah selepas itu, Fazlina kenalkan saya kepada bakal suami saya…malah jadi pengapit di majlis kahwin kami.”

PELAN SUKSES Bergerak daripada makan tengahari ke parti malam minggu mungkin agak drastik, jadi mulakan dulu dengan sesi lepak pada hari bekerja. Lambat laun, brunch pada Ahad akan datang secara natural.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor