Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kamu-Teman-Wanita-Clingy-Ini-Cara-Tanganinya

Kamu Teman Wanita Clingy? Ini Cara Tanganinya

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

3) MYSTERIOUS GIRL

Lelaki yang sifat semula jadinya suka menganalisis dan meneroka, mahukan perempuan yang sedikit misteri. Misteri tidak bermaksud kamu perlu jadi gothic atau emo girl, tapi misteri dari segi perasaan dan pemikiran. Jika lelaki sukar membaca apakah yang sedang berlegar dalam mindamu dan apa yang sedang kamu rasakan, dia akan lebih bersungguh-sungguh untuk mengetahuinya. Jika kamu tidak habis-habis bercerita tentang diri dan perasaanmu, lama-kelamaan si dia pun bosan. Dia tidak perlu belajar mengenali kamu kerana kamu pasti akan mendedahkannya. Jadi wanita misteri tapi jangan pula bersikap mengada-ngada. Jika kamu tidak setuju dengan sesuatu perkara, berterus-terang dengannya. Jangan merajuk dan mengharap si dia ahli nujum boleh meneka punca kamu berkelakuan begitu. Guys can’t read your mind – so does all human being!

 

4) PANDAI BAWA DIRI

Walaupun bersamanya ketika itu, kamu pandai bawa diri dan tidak berkepit sepanjang masa. Sebagai contoh, jika si dia bawa kamu sebagai plus one ke majlis perkahwinan rakan sekolahnya, pasti si dia mahu catch up dan mengimbau memori-memori bersama teman-temannya yang sudah bertahun tak berjumpa. Jika kamu tidak pandai blend in with the conversation, tak cuba berborak dan kenali temannya, dia pasti terasa seperti bawa anak kecil ke majlis. Sebabnya? Kerana dia perlu ‘babysit’ kamu sepanjang masa untuk pastikan kamu okey dan tidak bosan. Cosmo pasti dia mahu jaga air mukanya dan tidak mahu teman-teman melabel dirinya lelaki lemah ataupun manja. Jangan kerana sikap kamu yang super clingy itu jadi bahan umpatan tetamu lain pula okey!

 

Foto: INGimage.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert