Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kamu-Teman-Wanita-Clingy-Ini-Cara-Tanganinya

Kamu Teman Wanita Clingy? Ini Cara Tanganinya

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) RATIO 7:3

Jika selama ini kamu minta untuk berjumpa dengannya setiap hari, cuba kurangkannya kepada tiga kali seminggu. Satu hari pada hari bekerja dan ketika hujung minggu (or vice versa). Hadkan waktu bersama agar si dia merinduimu. Apabila perasaan rindu itu semakin mekar, si dia akan benar-benar hargai masanya bersama kamu dan berikan perhatian penuh kepadamu.

 

2) KEKAL RELEVAN

Jika kamu berkepit dengannya seperti belangkas, kamu akan hilang relevan dalam hubungan tersebut. The sparks will go, kerana hubungan itu bertukar menjadi satu rutin. Tiada perkara baru yang menarik minat kamu berdua dan fasa ‘meneroka’ berakhir begitu saja. Ingat! Kunci kepada hubungan yang berkekalan adalah masa dan ruang. Jika kamu beri segalanya pada permulaan hubungan, si dia akan berasa seperti tiada ‘kejutan’ lagi untuk dirinya. Selain daripada ‘the chase’, lelaki juga sukakan misteri.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert