Kamu Suka Tidur Mengiring? Ini Kesannya Pada Tubuh - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kamu Suka Tidur Mengiring? Ini Kesannya Pada Tubuh

Kamu Suka Tidur Mengiring? Ini Kesannya Pada Tubuh

Attention side sleepers!

Foto: Shutterstock.com

 

Tahu tak posisi tidur yang paling biasa adalah mengiring? Ya, memanglah kita tak sedar berapa kali kita tukar posisi ketika tidur malam, tapi mengikut preference, ramai penghuni dunia adalah side sleepers. Dan menurut On Health, ia lebih biasa di kalangan wanita berbanding lelaki.

Tidur dalam posisi janin sebenarnya ada banyak kelebihan: Ia memastikan tulang belakang kamu memanjang, jadi kurang risiko kecederaan pada leher dan belakang badan. Kamu juga kurang berdengkur bila tidur mengiring kerana saluran pernafasan tidak tersekat.

Jika kamu hamil (dan mempunyai bantal khas untuk ibu mengandung), tidur mengiring adalah posisi yang bagus kerana ia membantu melancarkan peredaran darah – untuk kamu dan bayi dalam kandungan.

Malangnya, ada juga berita buruk: Tidur mengiring boleh menyebabkan lebih kedutan, huhu. Editor Perubatan Health, Roshini Rajapaksa berkata, “Salahkan segala himpitan wajah kamu di bantal, itulah penyebabnya.” Dia menambah, “posisi ini juga mengendurkan payudara, memandangkan ‘kembar’ kamu ‘melorot’ ke sisi, meregangkan ligamen.”

Satu lagi keburukannya adalah ia meletakkan tekanan pada lengan dan bahu. Think about it: Meletakkan berat badan kamu pada sebelah sisi boleh menekan saraf dan mengehadkan peredaran darah. Sebab itulah kadangkala tangan kamu kebas sewaktu bangun tidur.

 

Artikel asal: Ysa Singson (cosmo.ph)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor