Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kamu Suka Mencarut? Masa Untuk Hentikannya!

Kamu Suka Mencarut? Masa Untuk Hentikannya!

Swearing – ramai antara kita melakukannya. Tapi apa yang membezakan adalah berapa kerap kita lakukannya dan cara kita gunakannya. Tiba masa kamu kurangkannya dengan tip Cosmo ini.

Foto: Shutterstock.com

 

Kamu pasti biasa dengar orang lain lontarkan kata-kata kesat seperti mencarut atau kamu sendiri gunakan perkataan tersebut... Dalam dunia serba moden ini, ia sudah menjadi kosa kata yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Jika zaman dahulu mencarut dilabel perbuatan yang tidak senonoh, apatah lagi jika kamu seorang wanita. Tapi kini ia sudah berkembang – mencarut bukan lagi satu perbuatan semata-mata untuk menyumpah seseorang, tapi perkataan itu sendiri sudah mempunyai pelbagai terjemahan dan maksud sehingga boleh digunakan dalam apa jua situasi dan emosi. Marah, sedih, gembira – it all make sense.

Satu contoh paling mudah, jika dahulu kamu label teman-teman kamu sebagai girlfriends atau baby girl, kini kamu mengelar mereka dengan nama lain yang jika orang lain mendengarnya akan rasa ia kasar. Tapi teman kamu pula sedikit pun tidak terasa hati. Mungkin bagi kamu ia hanyalah perkataan dan tidak memberi impak kepada kehidupan, hakikatnya ia boleh berikan tanggapan negatif kepada penampilan serta profesionalisme kamu. Bagaimana untuk kurangkannya (atau berhenti terus)? Ikuti panduan ini.

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

6) Berhenti mengadu

Sebelum kamu mula merengek dan mengadu perihal sesuatu perkara, ingatkan diri bahawa realitinya, tiada siapa mahu mendengarnya! Why would they? Elakkan mengadu perihal perkara yang kamu dan orang sekeliling tidak mempunyai kawalan terhadapnya. Untuk aduan yang lain, cuba tawarkan penyelesaian rasional. Orang lain akan mengagumi akal fikiran, kebijaksanaan dan pendekatan tenang kamu untuk masalah tersebut.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert