Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kamu Suka Mencarut? Masa Untuk Hentikannya!

Kamu Suka Mencarut? Masa Untuk Hentikannya!

Swearing – ramai antara kita melakukannya. Tapi apa yang membezakan adalah berapa kerap kita lakukannya dan cara kita gunakannya. Tiba masa kamu kurangkannya dengan tip Cosmo ini.

Foto: Shutterstock.com

 

Kamu pasti biasa dengar orang lain lontarkan kata-kata kesat seperti mencarut atau kamu sendiri gunakan perkataan tersebut... Dalam dunia serba moden ini, ia sudah menjadi kosa kata yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian. Jika zaman dahulu mencarut dilabel perbuatan yang tidak senonoh, apatah lagi jika kamu seorang wanita. Tapi kini ia sudah berkembang – mencarut bukan lagi satu perbuatan semata-mata untuk menyumpah seseorang, tapi perkataan itu sendiri sudah mempunyai pelbagai terjemahan dan maksud sehingga boleh digunakan dalam apa jua situasi dan emosi. Marah, sedih, gembira – it all make sense.

Satu contoh paling mudah, jika dahulu kamu label teman-teman kamu sebagai girlfriends atau baby girl, kini kamu mengelar mereka dengan nama lain yang jika orang lain mendengarnya akan rasa ia kasar. Tapi teman kamu pula sedikit pun tidak terasa hati. Mungkin bagi kamu ia hanyalah perkataan dan tidak memberi impak kepada kehidupan, hakikatnya ia boleh berikan tanggapan negatif kepada penampilan serta profesionalisme kamu. Bagaimana untuk kurangkannya (atau berhenti terus)? Ikuti panduan ini.

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

4) Cuba jadi lebih penyabar

Apabila kamu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas atau kamu sudah beratur lama dan garisan tidak bergerak-gerak, tanya diri kamu adakah penting dan berikan maksud apa-apa jika kamu bersabar untuk beberapa minit lagi. Bersikap jujur dengan diri sendiri. Jika ia penting dan kamu tidak mempunyai kawalan terhadapnya, alihkan perhatian dengan melakukan perkara lain. Borak dengan seseorang, even a stranger in line with you.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert