Petanda Kamu Perlu Tukar Kerjaya
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
tukar kerjaya

Petanda Kamu Perlu Tukar Kerjaya

Dunia kerjaya di luar sana makin ‘menggila’. Walaupun kedengaran teruja, ia masih menakutkan! Kalau kamu ada back-up plan, kamu ada keyakinan untuk roll with it. 

Anne Kreamer, bekas eksekutif di Sesame Street, majalah Spy dan Nickelodeon, tak gentar mencuba perkara baru. Penulis Risk/Reward ini berkongsi bila kamu kena mula memburu kerja baru.

tukar kerjaya

KAMU RASA TERLEBIH SELESA
“Mungkin kamu in the groove tetapi kamu sebenarnya bosan. Detik di mana kamu tidak lagi rasa dicabar dan melebarkan sempadan profesional, mulalah fikirkan perkara lain. Akan tiba masanya kamu terasa marah dan undervalued. Cuba fikir, ada tak kerja lain di atas rangkaian ini? Ada tak syarikat ‘serupa’ yang kamu boleh ke situ?”

 

KAMU ASYIK KERJA LEBIH MASA
“Jika semua orang tinggalkan pejabat lebih awal daripadamu, itu amaran yang kamu tidak fit. Ia mungkin bermakna kamu tidak lagi bekerja dengan cekap atau ada yang mengambil kesempatan terhadapmu. Ia juga mungkin bermakna kerja kamu tidak diatur dengan baik – mungkin ia tugasan untuk dua orang. Semua ini boleh jadi bahan untuk kamu mulakan dialog baru.”

 

KAMU KAKI PENYELESAI MASALAH
“Kamu tak nak jadi the go-to person untuk perkara yang orang lain tak nak buat. Kamu angkat tangan sebab ingat ia akan bawa kamu ke depan, tetapi mengikut pengalaman saya, efeknya terbalik. Mereka yang berani kata, ‘Saya tak boleh lakukannya sekarang… Saya ada banyak perkara lain nak kena selesaikan’ yang meraih hormat. Jika kamu tetapkan sempadan jelas, kamu mungkin tak perlu tukar kerja, kerana kamu dah take charge.

 

KAMU TAK SEPADAN
“Kamu nak rasa paling relaks dan natural di tempat kerja, tetapi kamu takkan dapat jika terperuk di satu tempat yang tak rasa tulen. Terdapat banyak lagi suasana kerja lain – kamu boleh cari tempat di mana nilaimu dan syarikat selari. Kamu mungkin rasa murung bekerja sebagai peguam di syarikat gas dan minyak, tetapi mungkin lebih gembira jadi peguam di syarikat alam sekitar pula.”

 

MENAHAN DIRI UNTUK BUKTIKAN SESUATU
“Jika kamu berada dalam kerjaya selama lima atau enam tahun, kamu ada banyak sebab. Adakah kamu bertahan sebab nak tunggu kenaikan pangkat? Walaupun sejak tiga tahun dulu, mereka tak pandang pun kamu… Anggap saja hidupmu sebagai sendirian atau berdua. Tak semua perlu berakhir dengan senario sempurna. Jika kamu tetap bergerak dan membangun, kamu okey.”

 

HATIMU BERDETIK SESUATU
“Kamu diajar untuk tidak membawa gerak hati ke pejabat, tetapi kamu perlu hargai dan mendengarnya. Orang yang berjaya menyeimbangkan antara lojik dan kata hati. Mereka lakukan banyak analisis, bertindak secara sederhana untuk meraih informasi. Tetapi jika kamu mencari jawapan hanya dalam data, kamu mungkin tak dapat keyakinan untuk berhenti kerja. Jadi sebaiknya kamu kena percayai kata hatimu.”

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness