Kamu Mungkin Takkan Guna Shower Pouf Lagi Selepas Membaca Ini...
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kamu Mungkin Takkan Guna Shower Pouf Lagi Selepas Membaca Artikel Ini...

Kamu Mungkin Takkan Guna Shower Pouf Lagi Selepas Membaca Ini

Yup, agak menjijikkan!

Jika kamu sama seperti Cosmo yang suka gunakan pouf (atau loofah) untuk cipta lebih buih ketika mandi, kamu mungkin akan terus ke bilik air dan membuangnya selepas membaca artikel ini.

Kajian terbaru mendapati ia sebenarnya dipenuhi bakteria. Pakar dermatologi memberi amaran bahawa jaring pouf adalah tempat pembiakan bakteria yang disebabkan oleh kelembapan dan haba di dalam bilik air, di mana ia mampu membiak dalam masa satu malam. Pasti kamu setuju kenyataan ini agak menyeramkan!

Matthew Knight, M.D. dari Knight Dermatology Institute menjelaskan kepada Women’s Health Magazine bahawa semua sel mati yang kamu singkirkan dari kulit  sebenarnya terperangkap dalam lubang-lubang kecil di jaring pouf.

“Kemudian kamu simpan pula pouf tersebut dalam persekitaran bilik mandi yang lembap, dan ia peluang yang baik untuk bakteria, yis, dan kulapuk membiak,” katanya.

Kemudian kita pun ambil pouf tersebut dan BERSIHKAN badan… Why has no-one told us this sooner?

Ia jadi lebih teruk jika kamu skrub kulit yang baru dicukur, kerana jika terdapat sebarang luka pada kulit, ia dengan mudah akan masuk ke dalam tubuh kamu dan menyebabkan jangkitan.

Okey! Nampaknya kamu terpaksa berpatah balik ke cara old fashioned; letak gel mandian pada tapak tangan kemudian gosok kedua-dua belah tangan untuk hasilkan buih!

Artikel asal: Catriona Harvey-Jenner (cosmopolitan.com/uk)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor