Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
i scream for ice cream

Kamu Mungkin Akan Berhenti Makan Aiskrim Selepas Membaca Artikel Ini

Foto aiskrim yang meleleh cair di tangan antara foto paling banyak dimuat naik di Instagram. Tambahan pula aiskrim tersebut kelihatan sangat menyelerakan, dengan kapsyen “I scream for ice cream”. Berapa likes kamu akan dapat? Itu bukan persoalannya!

i scream for ice cream

Tahukah kamu yang setiap aiskrim mengandungi emulsifier, bahan kimia yang digunakan untuk jangka hayat makanan segera juga untuk mencantikkan teksturnya. Bahan kimia tersebut sebenarnya boleh menyebabkan kanser! No kidding.

Kajian yang dijalankan oleh Institute of Biomedical Sciences di Georgia State University dan diterbitkan di Penyelidikan Kanser mendapati emulsifier boleh meningkatkan bakteria yang mengundang kanser kolon. Kanser kolon adalah penyakit kanser keempat paling tinggi membunuh manusia.

Kajin lain yang pernah dilakukan ke atas tikus mendapati emulsifier mengubah bakteria baik dalam tubuhnya. Perubahan itu mengganggu metabolisme yang menyebabkan penyakit obesiti, jantung lemah dan diabetis. Tikus ujikaji tersebut juga mengalami ketumbuhan dalam kolonnya selepas tiga bulan minum air yang diletakkan emulsifier.

Satu artikel daripada Cosmopolitan US berkata kamu tidak digesa terus berhenti menikmati aiskrim tetapi perlu mengurangkan pengambilannya termasuk makanan segera dan snek seperti bar coklat, roti gandum, minuman soda dan marjerin. Sebaliknya kamu disarankan masak sendiri di rumah yang dijamin lebih bersih dan bebas bahan kimia.

Emulsifier hanya dibenarkan guna dengan kadar 1% hingga 2% saja dalam setiap makanan segera. Tapi bayangkan kalau kamu makan aiskrim setiap hari selama tiga bulan? Mungkin kamu boleh cuba resepi homemade ice cream? 

Foto: Shutterstock.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness