Kamu Mimpi Terjatuh Dari Bangunan? Ini Maknanya…
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
nightmare

Kamu Mimpi Terjatuh Dari Bangunan? Ini Maknanya…

Cosmo tafsirkan lima jenis mimpi ngeri yang biasa kamu alami. Ready?

nightmare

1. Terjatuh

Boleh dikatakan setiap orang pernah mengalami fenomena pelik ini – kamu rasa seperti sedang terjatuh, kemudian terbangun dari mimpi dengan rasa terkejut dan menyedari yang kamu sebenarnya hanya berbaring di atas katil. Ini biasanya terjadi sejurus selepas kamu lelapkan mata, dan secara teknikalnya ia bukanlah mimpi tetapi lebih kepada pergerakan otot yang dikenali sebagai hypnic jerk atau sleep start.

Walaupun ia perkara biasa, tiada siapa tahu kenapa ia berlaku. Menurut pakar, ia mungkin kesan konflik antara sistem berjaga dan tidur di dalam otak, di mana kedua-duanya bergelut untuk mengawal ketika kamu sudah mahu lena. Ada kalanya kamu tidur dengan mudah, namun ada kalanya sistem berjaga dalam otak bergelut dengan lebih kuat – mungkin disebabkan tekanan, kafein, adrenalin, ubat-ubatan, hormon dan sebagainya – menyebabkan kamu ‘terjatuh’ dari bangunan atau cenuram fantasi.

 

2. Sekolah dan Peperiksaan

Memang tidak adil! Setelah bertahun-tahun habis belajar, kamu masih dihantui oleh dewan peperiksaan. Jika kamu pernah bermimpi sedang mengambil ujian atau peperiksaan sukar dan terlupa untuk buat ulang kaji, atau terlupa pergi ke kelas sepanjang tahun, kamu tidak bersendirian kerana ramai yang pernah mengalaminya.

Kajian menunjukkan memori kita yang paling kuat adalah dari zaman remaja dan awal dewasa, mungkin sebab itulah kamu masih bermimpi mengenainya walaupun setelah bertahun-tahun meninggalkan zaman persekolahan. Laman web mengenai berita neurologi, Braincoder mendapati mimpi ngeri mengenai persekolahan adalah normal lebih-lebih lagi di kalangan pelajar jenis A –  yang tidak pernah ponteng sekolah walau sehari pun.

 

3. Dikejar

Kamu sudah melihat puluhan babak ngeri ini di dalam drama mahupun filem, dan kemungkinan besar telah pun melaluinya dalam mimpi. Menurut beberapa pengkaji, ini mimpi ngeri paling biasa antara kesemuanya dan ia adalah ekspresi innate fight atau flight instinct.

Pencetus tekanan harian boleh membuatkan tahap adrenalin dan dorongan tanpa sedar untuk lari semakin memuncak di dalam mimpi. Rupa-rupanya, mimpi dikejar manusia dan mimpi dikejar binatang mempunyai tafsiran yang berbeza. Kamu boleh baca sendiri di Bustle.

 

4. Teknologi Tidak Berfungsi

Bunyinya kurang ‘drama’ berbanding yang lain, tapi jika kamu pernah menangis di depan pencetak yang tidak berfungsi, pasti kamu tahu mimpi sebegini bukanlah satu jenaka.

Mimpi ngeri mengenai teknologi datang dalam pelbagai saiz dan bentuk – butang di remote tidak berada di tempat sepatutnya, telefon tidak berfungsi, atau mungkin komputer kamu tiba-tiba off tanpa sebab. Mimpi begini menunjukkan rasa gemuruh untuk menjalin hubungan emosi atau sistem mekanikal dalam tubuh sendiri.

 

5. Kematian

Mimpi mengenai kematian atau penyakit serius adalah mimpi paling biasa antara semua. Pengkaji kebanyakannya bersetuju mimpi sebegini menunjukkan terdapat sesuatu dalam hidup kamu yang sedang menghampiri penghujungnya – sama ada perhubungan, pekerjaan, era atau sesuatu yang lebih abstrak. Mampi kematian juga menunjukkan kamu gemuruh tentang situasi yang tidak jelas atau samar-samar.

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Emma Dibdin (www.Cosmo.ph)

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor