Kamu Mesti Cuba Diet Orang Jepun Yang Menyihatkan Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kamu Mesti Cuba Diet Orang Jepun Yang Menyihatkan Ini

Kamu Mesti Cuba Diet Orang Jepun Yang Menyihatkan Ini

Tambah lagi pesanan salmon-avocado rolls kamu! Kajian terbaru mendapati panduan diet orang Jepun yang mementingkan bijirin, sayuran, ikan dan daging baik untuk kesihatan. “Ia adalah makanan yang membuatkan kamu rasa lebih bertenaga dan ‘ringan’”, kata Chef Candice Kumai.

Kamu Mesti Cuba Diet Orang Jepun Yang Menyihatkan Ini

Foto: Shutterstock.com

1) MULA DENGAN BIJIRIN SIHAT

Tabur bijan ke dalam semangkuk nasi beras perang. Ia bagus untuk pencernaan dan mengenyangkan. “Nasi adalah bahan asas untuk makanan Jepun,” kata Kumai. Sama seperti di Malaysia.

2) TAMBAH PROTEIN

Cuba ikan (Cosmo suka salmon!) atau tofu (potong dadu dan gaul bersama minyak bijan, kicap atau tamari, dan jus lemon). Matlamat kamu adalah 120g hingga 170g. Mengikut panduan diet Jepun, ayam, daging atau telur juga berikan sumber protein yang sama.

3) ‘MERIAHKAN’ DENGAN KACANG DAN SAYURAN

Kacang merah, umeboshi plums dan rumpai laut adalah kegemaran Kumai. Tapi kamu boleh gantikannya dengan kekacang lain seperti badam atau gajus, sayuran seperti kale atau brokoli, serta avokado dan keledek bakar.

4) AKHIRI DENGAN SOS

Tuangkan sedikit cuka beras Jepun atau tamari (atau kicap) pada nasi dan ginger-miso dressing pada sayuran.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor